Euforia Bola 2026
Acara By: Padin March 28, 2022 @ 6:14am

Gabungan NGO Jayakan Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan Dapat Pengiktirafan Malaysia Book Of Records, Artis Turut Turun Padang Membantu!

Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan yang berlangsung dari 2 Mac sehingga 22 Mac lalu berjaya meraih pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebagai Program Amal Gelandangan dengan penyertaan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) terbesar di Malaysia iaitu sebanyak 115 pertubuhan.

Acara yang mengedarkan lebih 4,500 makanan dan barang keperluan asas seperti kit penjagaan kebersihan diri dan makanan kering yang dianjurkan oleh Persatuan Muafakat Darul Ehsan (Pakat).

Lebih menarik, artis seperti Syura Badron, Lan Solo, Ayu Damit, Zur Eda, Abon, Daqmie dan ramai lagi turut turun padang membantu untuk memeriahkan acara ini.

Antara lokasi yang dikunjungi oleh ahli NGO Program Kasih 21 Mesra Gelandangan setiap hari bermula pukul 8 malam hingga 10 malam adalah di kawasan Masjid Jamek, Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan Jalan Ipoh.

Ketua Pengarah Program tersebut, Datuk Seri Nor Hasnal memberitahu, Program 21 Hari Kasih Mesra Gelandangan anjuran PAKAT itu dijayakan bersama dengan rangkaian Pertubuhan NGO serta agensi kerajaan Malaysia.

“Mula-mula rancang nak buat sehari atau dua hari saja seperti selalu. Entah macam mana nak buat kelainan, itu yang datang idea buat 21 hari. Ramai yang tanya saya, betulkah nak buat program selama 21 hari, siapa nak tanggung nanti?

“Bagi saya, bila sudah ada niat teruskan saja, dana fikir kemudian. Alhamdulillah dari awal mesyuarat hinggalah program ini dilaksanakan, Allah permudahkan segala urusan. Ada saja pihak yang tampil untuk menghulur bantuan.

“Kita jalin kerjasama dengan NGO yang sedia ada dan sehingga kini sudah ada 101 NGO yang turut serta. Hingga saat akhir masih ada lagi tiga NGO yang menyertai dan kesemuanya adalah 115 NGO yang mengambil bahagian,” jelas Nor Hasnal.

Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan dengan tema Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai itu bertujuan untuk membantu golongan gelandangan dan insan terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan menyediakan barangan keperluan seharian dan juga makanan buat mereka.

“Program ini memainkan peranan penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui bantuan yang disediakan, pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab strategik.

“Malah pelaksanaan program ini juga bertujuan untuk melahirkan ahli-ahli, pelapis pertubuhan serta persatuan yang jelas matlamat dan tujuannya serta lancar gerak kerjanya hasil daripada kesepakatan bersama.

“Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Segala kerjasama dan sokongan semua pihak sama ada terlibat secara langsung atau tidak amat diharapkan,” kata Nor Hasnal lagi.

Sementara itu, penyanyi, Lan Solo, dia sangat teruja apabila ditawarkan menyertai program amal seumpama itu.

Lan berkata, program bermanfaat untuk komuniti itu perlu diteruskan, bukan hanya membabitkan 115 NGO, tapi lebih ramai lagi boleh turut sama menghulurkan bantuan.

“Ia supaya lebih ramai lagi dapat berkongsi rezeki dengan mereka di sini. Sebelum ini saya juga ada buat projek kecil di sini tapi tidaklah secara besar-besaran sebegini.

“Justeru, dengan kehadiran Ramadan tak lama lagi, saya merasakan program sebegini sedikit sebanyak memberikan semangat kepada mereka,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

Program Hip Terbaik Bakal Temui Penonton Pada 5 Mac Ini!

Kepada penonton yang terlepas mengikuti rancangan-rancangan menarik di ntv7, anda boleh menyaksikan program hebat ini menerusi portal video rasmi kami hanya tonton.com.my 

Hiburan Mon, 14 Apr 2025

Green Day Gegar Coachella Dengan Lirik Pedih Tentang Kanak-Kanak Palestin

Green Day tukar lirik, menyuarakan solidariti mereka terhadap Palestin

Hiburan Thu, 23 Nov 2017

SEBAB KENAPA WAK DOYOK PILIH WANITA “KACUK” INI?

Kalau ditanya siapa Malika Askarova? ini jawapannya. Lain macam betul taste Wak Doyok kan? Apa-apa pun Tahniah Wak! 

Hiburan Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Bertemu Sehari Sebelum Ramadan, Nelissa Nizam Syukur Kemelut Dengan Ibu Berakhir 

Nelissa Nizam sifatkan perselisihan faham dengan ibu satu ujian

Events Mon, 10 Feb 2020

[VIDEO] “Mic Tok Ti Tak ONS, Is Another Level Of Melampau” Netizen Salahkan Stesen TV Pula!

Hashtag #justiceforsitinurhaliza buat penyanyi kesayangan no 1 Malaysia

error: Content is protected !!