Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin August 1, 2018 @ 2:00pm

Homemade Pizza Ini Memang Lazat Habis!

Kadang-kadang kalau kita asyik makan pizza yang dibeli saja agak boring jugak kan? Yela, kadang pizza yang kita beli itu toppingnya tidak banyak dan cheese pun kurang melimpah. Tapi, disebabkan teringin nak makan pizza, kita ‘tutup’ mata dan beli saja.

Lepas ini, apa kata anda buat saja pizza sendiri dekat rumah. Barulah boleh letak aneka jenis topping yang melimpah ruah! Barulah puas makan! Bagi anda yang tak tahu cara nak buat pizza homemade ini, anda boleh tiru resepi yang akan Hijab & Heels kongsikan ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1/2 cawan air suam

1 sudu besar yis

1 sudu kecil gula

2 cawan tepung (diayak terlebih dahulu)

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil pelembut roti

2 sudu besar minyak zaitun

Sedikit minyak masak

Topping

Sos spaghetti

Cheese

Cheddar cheese

Tambahkan bahan-bahan kegemaran anda yang lain

Cara-cara membuatnya

1. Letakkan yis dan gula di dalam cawan yang berisi air suam. Kacau dan kebiarkan yis mengembang selama 10 hingga 15 minit.

2. Kemudian, campurkan tepung yang telah diayak bersama garam, pelembut roti, minyak zaitun dan yis yang dah mengembang. Uli sehingga menjadi doh.

3. Taburkan tepung di atas papan untuk menguli doh. (Rujuk video)

4. Sediakan mangkuk dan sapukan minyak masak dalam mangkuk. Kemudian, masukkan doh yang telah diuli tadi dan sapukan juga minyak masak di atas doh tersebut. Tutup mangkuk tersebut dan rehatkan doh sehingga mengembang selama 1 jam.

5. Selepas doh mengembang, uli doh menjadi bentuk bulat seperti pizza.

6. Sediakan loyang bulat dan sapu minyak masak di atasnya. Kemudian, letakkan doh bulat tadi di dalam loyang tersebut.

7. Ambil garfu dan cucuk pada doh tersebut. (Rujuk video)

8. Sapukan sos spaghetti di atas doh sehingga rata.

9. Taburkan cheese dan bahan-bahan lain ikut pada kegemaran anda seperti sosej, udang, bawang, dan sebagainya.

10. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 25 hingga 30 minit.

Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 13 Apr 2020
Eat Travel Sun, 28 Oct 2018
Eat Travel Fri, 22 May 2020

Lemang hipster, enaknya tak terkata

Sekali makan, terus melekat mahu lagi

Eat Travel Tue, 11 Dec 2018

Resipi Mudah Nak Buat Tamagoyaki

Manfaatkan cuti sekolah dengan membuat hidangan istimewa tamagoyaki untuk seisi keluarga.

Eat Travel Fri, 24 Aug 2018
Eat Travel Thu, 21 May 2020

Rumah Kebun, percutian semula jadi yang mengasyikkan

Sesuai untuk keluarga besar berkumpul

Eat Travel Fri, 7 Dec 2018
Eat Travel Tue, 12 Mar 2019

Jangan percaya pada label! Ketahui 5 taktik penipuan syarikat makanan

Pengguna wajib membaca label, ini sebabnya.

Eat Travel Mon, 7 Jan 2019

Nikmati sajian nugget sayuran ini sebagai alternatif untuk diet sihat

Nugget tak semestinya perlu diperbuat daripada daging haiwan.

Eat Travel Tue, 11 Sep 2018
error: Content is protected !!