Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin September 11, 2018 @ 1:00pm

Resepi ‘Black Pepper Beef’ Ini Memang Sedap. Gerenti Suami Anda Puji Punyalah!

Anda dah ‘kering’ idea untuk menyediakan hidangan suami tercinta? Jangan pening-pening, anda boleh cuba resepi istimewa yang penulis kongsikan ini.

Tidak terlalu susah, resepi ini memang senang dan paling penting jika dimakan pasti menjilat jari! Penulis sarankan, anda boleh gunakan daging batang pinang iaitu bahagian daging yang cepat lembut bila dimasak.

Jom kita tengok cara-cara nak membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan

200 gram daging

2 sudu besar sos lada hitam

3 biji bawang merah, ditumbuk halus

2 ulas bawang putih, ditumbuk halus

1 inci halia, ditumbuk halus

1 sudu besar serbuk lada hitam

1 sudu besar kicap manis

1 sudu besar tepung jagung

1 cawan air

Bawang Holland, dihiris bulat-bulat

1 biji tomato

Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Hiris nipis daging. Cuci dan perapkan daging tersebut bersama sos lada hitam selama 30 minit.

2. Kemudian, panaskan minyak di dalam pan. Tumiskan, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

3. Seterusnya, masukkan daging yang telah diperap tadi. Kacau sehingga sebati.

4. Masukkan pula serbuk lada hitam, kacau seketika.

6. Bancuh air dan tepung jagung, dan masukkan ke dalam pan. Kacau lagi.

7. Masukkan kicap manis, garam, bawang Holland dan tomato. Kacau seketika. 

8. Siap untuk dihidangkan. Makan bersama nasi panas, memang terangkat!

Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 18 Aug 2019
Eat Travel Wed, 25 Apr 2018

Anda Boleh Buat Kek Coklat Dengan Menggunakan 2 Bahan Saja! Percaya Tak?

Selalunya kalau nak bakar kek coklat, mesti kena pakai tepung, kan?

Eat Travel Fri, 2 Aug 2019

Pramugari ini dedah 2 tabiat penumpang yang disambut baik oleh kru kabin

Jika anda amalkannya, gerenti kru kabin akan layan anda dengan lebih baik.

Eat Travel Thu, 13 Dec 2018

9 Classic & New Egg Recipes That You Should Know

If you have, then you’re egg-celent.

Eat Travel Sat, 19 May 2018

Teringin Nak Makan Laksa Johor? Ini Dia Resipi Yang Gerenti Sedap

Laksa Johor ini unik kerana ia dimakan dengan spageti dan kuah yang pekat.

Eat Travel Sun, 16 Sep 2018
Eat Travel Sat, 1 Sep 2018
Eat Travel Fri, 26 Apr 2019
Eat Travel Fri, 27 Jul 2018
error: Content is protected !!