Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops April 25, 2018 @ 4:00pm

Anda Boleh Buat Kek Coklat Dengan Menggunakan 2 Bahan Saja! Percaya Tak?

Selalunya kalau nak bakar kek coklat, mesti kena pakai tepung. Tapi menurut resipi mudah ini, anda hanya perlukan telur dan coklat. Itu saja!

Gula dan butter semua tak payah pakai. Sesuailah untuk orang yang tengah berdiet.

Trick di sini ialah dengan memukul telur putih untuk berikan volume kepada kek anda. Barulah ia naik.

Lepas ini anda tak perlu beli banyak-banyak bahan. Jom cuba!

Foto: Tasty

Anda akan perlukan:

  • 4 biji telur, asingkan putih dan kuning
  • 255 gram coklat yang kurang manis

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven ke 170 darjah Celcius
  2. Letakkan coklat (tak kisahlah dalam bentuk apa, block ke, chocolate chip ke) ke dalam mangkuk yang selamat digunakan untuk microwave. Cairkan ia selama 1 minit.
  3. Dengan menggunakan hand mixer, kacau telur putih sampai jadi soft peak.
  4. Masukkan telur kuning satu per satu ke dalam mangkuk yang ada coklat tadi, dan kacau sampai sebati.
  5. Dengan menggunakan sudip getah, masukkan 1/3 daripada telur putih tadi ke dalam campuran telur kuning dan coklat, dan kacau perlahan-lahan sampai rata.
  6. Ulang dengan telur putih yang selebihnya, dengan memasukkan 1/3 daripadanya setiap masa.
  7. Tuangkan campuran keseluruhannya ke dalam loyang kek bersaiz 6 inci yang telah disapu dengan minyak.
  8. Bakar untuk 30 minit.
  9. Apabila kek itu sudah sejuk bila dipegang, keluarkannya dari loyang dan letakkan di atas pinggan.

Tengok video ini kalau nak lebih kepastian tentang cara-cara membuat kek ini. Selamat mencuba!

Kalau anda nak, anda boleh taburkan gula icing ke atas kek itu, ataupun hidang dengan ais krim atau buah-buahan. Enjoy!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 29 Jul 2019
Eat Travel Thu, 19 Jul 2018
Eat Travel Wed, 17 Jul 2019

Nak kurus? Ini resipi sarapan sihat untuk mereka yang sibuk

Paling penting sihat, cepat & mudah disediakan!

Eat Travel Mon, 24 Dec 2018

Jom Buat Cream Puff Versi ‘Cookies & Cream’! Ini Resipinya

Berikan kelainan kepada snek klasik ini. Gerenti nak lagi!

Eat Travel Fri, 27 Sep 2019
Eat Travel Tue, 31 Jul 2018
Eat Travel Thu, 17 May 2018

Chicken Wings Bersalut Emas Ini Berharga RM3926. Wow! Mahalnya

Wow! Kepak ayam bersalut emas ini harganya boleh habis duit gaji sebulan!

Eat Travel Sat, 9 May 2020
Eat Travel Mon, 5 Nov 2018

Ini Resipi Sorbet Buah-Buahan Yang Hanya Guna 2 Bahan Ramuan, Berkhasiat Tapi Sedap!

Di bawah ini ada resipi untuk 4 jenis buah berlainan.

Eat Travel Fri, 31 Aug 2018
error: Content is protected !!