Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops April 26, 2019 @ 11:00am

Resipi sotong goreng tepung ini amat mudah untuk disediakan

Sesetengah orang memanggil hidangan ini sebagai sotong celup tepung. Dalam Bahasa Inggeris, ia dipanggil Fried Calamari.

Walau apa pun namanya, ia adalah sejenis snek yang mengasyikkan. Satu atau dua ketul pastinya tidak akan cukup untuk dimakan! Tekstur sotong yang kenyal memang kena dengan rasa salutan tepung apabila ia digoreng.

Dan seperti namanya, memang senang untuk menghasilkan hidangan ini. Celup dalam tepung dan goreng sahaja!

Untuk ketahui resipinya, teruskan baca artikel ini. Selamat mencuba!

Foto: Fifteen Spatulas

Bahan:

  • 4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 biji telur, dipukul
  • Garam
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk kunyit
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan sotong dan tos. Hiris kasar dan gaul dengan sedikit garam.
  2. Di dalam mangkuk, campurkan tepung, garam secukup rasa, kunyit dan serbuk lada hitam dan putih.
  3. Asingkan adunan tepung itu dan masukkan ke dalam dua mangkuk berbeza. Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam salah satu daripadanya dan kacau hingga sebati.
  4. Panaskan minyak.
  5. Gaulkan hirisan sotong dengan campuran tepung dan telur tadi.
  6. Kemudian ambil hirisan sotong dan salutkannya satu persatu dengan tepung yang tidak dicampur dengan telur.
  7. Goreng dengan minyak yang sudah panas dengan api sederhana.

Sumber: Twitter @resepimakananMY

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 17 Jun 2020
Eat Travel Fri, 29 May 2020
Eat Travel Wed, 31 Oct 2018

Aiskrim Dalam Claypot? Wow Uniknya!

Lupakan keropok lekor, jom serbu Bunnyster Cafe!

Eat Travel Tue, 6 Nov 2018

7 Bandar Ideal Untuk Pengembara Solo

Jika anda tak pasti ke mana nak pergi, tengoklah senarai ini.

Eat Travel Tue, 25 Sep 2018
Eat Travel Fri, 8 Jun 2018
Eat Travel Tue, 7 Aug 2018

Apa Barang Churros Biasa? Jom Cuba Buat Churros Berperisa Red Velvet Pula

Churros suka, kek red velvet pun suka? Gabungkan saja menjadi satu!

Eat Travel Wed, 8 May 2019
Eat Travel Wed, 29 Apr 2020

Cencaru bakar tempoyak ratu Ketuk-ketuk Ramadan undang perut berkeroncong!

Lauk mudah disediakan, sedapnya tahap angkat ibu jari

error: Content is protected !!