Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 30, 2022 @ 4:30pm

Viral Isu Peniaga Tepi Jalan Sorok Jeruk Dalam Longkang, Timbul Pelbagai Reaksi Netizen

Baru-baru ini kecoh di ruangan media sosial mengenai tindakan peniaga pencuci mulut jalanan yang telah menyorok stok jeruk mangga di tempat yang tidak menyenangkan kepada pembeli.

Kejadian yang berlaku di Johor Bahru itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan penjaja jeruk yang mahu mengelakkan diri daripada pihak berkuasa dengan bertindak untuk menyorok makanan tersebut di dalam longkang dan berhampiran kawasan kumbahan.

Memetik lapotan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Johor (KJSPT), Superintendan M Kumarasan berkata, perbuatan itu terbongkar apabila pihaknya mengadakan Ops Khas Penjaja Jalanan di sekitar kawasan Bandar Baru Uda, pada 2.30 petang hari Isnin.

“Hasil operasi yang mendapati bungkusan makanan pencuci mulut itu disorok di lokasi yang tidak sepatutnya iaitu di dalam longkang dan berhampiran kawasan kumbahan bagi mengelak tindakan diambil oleh pihak penguatkuasa.

“Sikap individu yang mencari jalan mudah dengan meraih simpati pengguna jalan raya dengan menggajikan pekerja asing bagi menjaja buah jeruk berkenaan tanpa mengira risiko dan bahaya kepada penjaja dan pengguna jalan raya yang lain terutama boleh mengundang kemalangan,” katanya.

Sementara itu, sebuah video mengenai isu ini telah tular di ruangan media sosial TikTok yang telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Meninjau di ruangan komen video tersebut, ada segelintir netizen yang seakan memihak kepada penjual jeruk mangga tersebut serta menghormati usahanya yang bekerja keras dalam mencari sumber rezeki yang halal.

Ada juga dalam kalangan mereka yang berkata peniaga tersebut masih menjaga kebersihan jeruk tersebut dengan menyimpan pencuci mulut itu di dalam plastik dan tidak mendedahkannya secara terbuka.

Sumber & Kredit Foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 31 Jul 2019

Dua Beranak Nyaris Maut Dari Bangunan Runtuh

Mangsa berada di tingkat tiga bangunan sebelum berlaku runtuhan dan mangsa turut jatuh ke bawah.

Trending Mon, 30 Nov 2020
TECH Mon, 25 Mar 2019

Hundreds of Fans Line Up For the Grand Opening of Harman Studio Malaysia

There was super special Grand Opening sale and everyone wanted to grab those items at a lower price.

Trending Tue, 18 Dec 2018

13张「想像力太丰富的人不宜观看」的照片

倘若你的想像力太丰富,看成别的东西,摄影师恕不负责!到底是什么照片?立刻一起看下去!

Trending Wed, 6 May 2020

[TERKINI] Ujian Saringan Di Chow Kit Kini Bermula

Semoga dengan langkah ini dapat memutuskan penularan wabak covid-19

Trending Tue, 27 Oct 2020
Trending Fri, 12 Feb 2021

Uyaina Arshad, Didie Alias & Mark Adam Hangatkan Program Realiti Nyanyian Keluarga, Famili Duo!

Program realiti nyanyian terbaru, Famili Duo bakal bersiaran selama lapan episod bermula Ahad, 14 Februari 2021 jam 9 malam di TV3 serta di www.tonton.com.my Famili Duo merupakan spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV […]

Hiburan Sun, 5 May 2019
error: Content is protected !!