Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 31, 2022 @ 2:07pm

“Bella Beritahu Saya Dia Dicili, Dijirus Air Panas & Diikat” – Saksi Pertama #JusticeForBella

Pembantu pengurus syarikat swasta, Zuriaty Sudin yang juga merupakan rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mendedahkan remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella ada meluahkan kepadanya bahawa dia dicili, dijirus dengan air panas dan diikat.

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan kejadian pahit yang menimpa Bella yang dilihat berada dalam keadaan trauma telah memaklumkan perihal kejadian itu ketika dalam ambulans menuju ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Semasa berada dalam ambulans ke HKL, saya bertanya kepada Bella apa yang terjadi. Bella yang memanggil saya ‘Mommy’ mengatakan dia dicili, dijirus dengan air panas dan diikat,” katanya.

Maklumat berkenaan telah dikongsikan di Mahkamah Majistret pada Rabu di Kuala Lumpur semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas pada perbicaraan kes Siti Bainun yang telah didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun.

Zuriaty, 39 yang merupakan saksi pendakwaan pertama itu telah mengenali Siti Bainun sejak 2015 memberitahu Bella dilihat tidak mampu berjalan dengan baik dan sukar bergerak kerana kakinya sakit.

“Saya nampak Bella macam tidak larat dan dia kata kakinya sakit, tapi saya tak boleh pegang sebab saya bimbang Bella mungkin dijangkiti Covid-19. Bella juga merujuk beberapa nama individu yang melakukan perbuatan itu terhadapnya,” kata saksi itu yang dilihat sebak semasa memberi keterangan.

Terdahulu, isu penderaan yang dihadapi oleh Bella yang merupakan orang kurang upaya (OKU) tular di media sosial yang rata-rata daripada netizen menyeru keadilan buat insan istimewa ini.

Menurut laporan polis yang dibuat pada 24 Jun 2021 mendedahkan Bella mengalami kecederaan seperti melecur di bahagian tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain serta kesan luka lama terdapat pada tubuh badannya.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 May 2025

Netizen Teruja Tengok Gelagat Lisa Surihani Beri Sokongan Pada Yusry Di Konsert GenKRU

Lisa Surihani kelihatan menyanyi dengan penuh penghayatan ketika konsert berlangsung.

Trending Mon, 6 Apr 2020

Semakin Berisi, Kak Lina Pom Pom Kini Hamil?

Sebab tu ke Kak Lina makin berisi?

Events Fri, 27 Dec 2019

Undian ERA Digital Music Awards (EDMA) Kini Bermula!

Jangan lupa untuk undi artis kegemaran korang!

Featured Wed, 17 Nov 2021

Bapa Tinggalkan Anak Tanpa Pengawasan, Budak 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 29

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui mati terjatuh dari tingkat 29 akibat kecuaian seorang bapa meninggalkan kanak-kanak itu tanpa pengawasan di rumah di sebuah kondominium dekat Jalan Ipoh, pada Selasa. Polis menerima laporan kejadian […]

Featured Mon, 14 Nov 2022

Mas Khan Dikecam Netizen Bela Anjing, Ada Tatu – “Saya Hanya Jadi Diri Sendiri”

Orang dulu-dulu bela anjing untuk jaga kawasan kebun.. So ni lebih kurang ke?

Featured Wed, 14 Dec 2022

Neelofa Kongsi Perkembangan Terbaru Bilal – “Boleh Berjalan Dah Dia!”

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa berkongsi mengenai perkembangan anak sulungnya, Muhammad Bilal yang kini sudah boleh bertatih walaupun baru mencecah usia sepuluh bulan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @lofa.world di TikTok, Neelofa menceritakan situasi […]

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
error: Content is protected !!