Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 31, 2022 @ 3:44pm

“Laptop Ada, Ibu Pula Masih..” – Tular ‘Laporan Kronologi’ Kisah Viral Isu Pensyarah Didakwa Plot Twist?

Tular di ruangan media sosial mengenai satu ‘Laporan Kronologi’ berkaitan isu video membabitkan pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang didakwa menghina pelajar kurang berkemampuan atau golongan B40 sehingga tercetus kekecohan di laman sosial.

Difahamkan keputusan pihak universiti berkenaan isu terbabit telah dimeterai pada 30 Mac 2022, jam 10.30 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Perak yang melibatkan perbincangan antara Prof Ts Dr Roshana Takim dan seorang penuntutnya.

Tambahan pula, terdapat lagi lima pelajar yang turut tampil memberi keterangan berhubung isu berkenaan.

“Kumpulan pelajar ini mengesahkan bahawa video ini berlaku semasa kuliah minggu ke-8 pada Semester Oktober 2021-Februari 2022 bagi subjeck BCT633 (Construction Economic and Islamic Finance) yang diajar oleh Prof. Ts. Dr Roshana Takim.

“Latar belakang keluarga pelajar berkenaan dikongsikan iaitu bapa tidak bekerja atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

“Ibunya masih ada dan bekerja sebagai Operator Pengeluaran Kilang.

“Pelajar tersebut menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti kuliah secara atas talian kerana komputer peribadinya tidak dibawa bersama ke kampus.

“Video ini bukan direkod dan ditularkan oleh pelajar ini sebaliknya telah dirakam dan dikongsikan oleh pihak lain sehingga menjadi tular di media sosial. Pelajar tidak bersetuju sama sekali atas tujuan video ini ditularkan.

“Mengikut rekod, pelajar ini tidak pernah memohon bantuan wang zakat, namun begitu beliau memperolehi pinjaman PTPTN,” tulis kenyataan laporan tersebut.

Berdasarkan laporan tersebut, dua perkara sudah dipersetujui oleh Pengurusan Eksekutif berkaitan isu ‘komputer’ dan ‘B40’ membabitkan pensyarah UiTM cawangan Perak serta penuntut iaitu tiada tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan atau kontraknya dibatalkan.

Bagaimanapun, difahamkan keputusan tindakan pengurusan universiti mengenai isu terbabit akan bergantung kepada nasihat dari Kementerian Pengajian Tinggi.

Meninjau di ruangan media sosial Twitter, sehingga kini isu pensyarah tersebut masih menjadi perbualan hangat yang seakan tiada noktahnya.

Ada dalam kalangan mereka yang berang kerana maklumat peribadi berkaitan pensyarah berkenaan dan individu terlibat didedahkan seolah-olah tiada sebarang empati dan tidak beretika.

Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022

[VIDEO] Terkilan Lihat Ramai Saling Menghina Najib Razak, Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran – “Doa Lebih Baik Ya”

Tolonglah jaga diri kita sendiri, tak usahlah kita terlibat – Ustazah Asma’

Featured Tue, 17 Oct 2023

Tiga Bulan Rangka Persiapan Konsert, Fourtwnty Akui Banyak ‘Berehat’

Tak sabar nak pergi konsert Fourtwnty Ahad ni gaissss!🙌

Featured Tue, 4 Oct 2022

Kongsi Momen Awal Penghijrahan, Nora Ariffin Titip Pesanan Buat Individu Yang Sedang Berhijrah

Nora Ariffin titip pesanan buat individu yang sedang berhijrah

Hiburan Sat, 28 Dec 2019

Aina Abdul Jawab Dakwaan Besar Kepala

Saya tak boleh jelaskan lebih lanjut, tunggu saja nanti…

Featured Thu, 2 Feb 2023

[VIDEO] Muat Naik Foto Noah Sinclair Di IG, Tapi Kelibat Anjing Dalam Rumah BCL Jadi Tumpuan

Terkejut juga tengok ada anjing dalam rumah, dulu bukan kucing ek diorang jaga?

Hiburan Fri, 8 Dec 2023

Bimbang Trend Teknologi AI, Fatin Afeefa Jadi Takut Kongsi Wajah Anak-Anak

Zaman sekarang ni sangat membimbangkan ya, macam-macam boleh jadi 😭😭

error: Content is protected !!