Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 2, 2022 @ 5:18pm

Impian Arwah Siti Sarah Untuk Bina Semula Rumah Mangsa Kebakaran Tercapai – Saham Akhirat Terus Mengalir”

Hasrat penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin untuk membantu dua keluarga yang merupakan mangsa kebakaran di Bachok, Kelantan kini tercapai.

Meski jasad sudah tidak di kandung badan, hasrat arwah Sarah akhirnya telah dapat ditunaikan oleh suami tercinta, Shuib Sepahtu yang berangkat ke negeri Kelantan bagi menyerahkan kunci rumah baharu kepada mangsa.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Shuib di akaun Instagram miliknya, Shuib berkata isteri tercintanya itu sangat bersemangat untuk membantu mangsa kebarakan.

“13 Februari 2021. Ibulah yang paling semangat nak bantu dua keluarga ini untuk ada rumah baharu. Alhamdulillah, hari ini Daddy akan ke Bachok, Kelantan untuk penyerahan kunci.

“Terima kasih top management Bubblee Malaysia yang merealisasikan impian untuk melihat dua rumah ini dibangunkan.

“Ibu… Alhamdulillah, dah siap rumahnya sayang,” tulis Shuib.

Hantaran berikut bukan sahaja telah merobek hati pengikut Shuib, malah turut membuat rakan-rakan selebriti bergenang air mata mengucapkan kata tahniah dan rindu kepada insan penyayang itu.

Ada juga dalam kalangan pengikut dan selebriti yang mendoakan kesejahteraan Shuib sekeluarga agar terus dikurniakan rezeki yang melimpah ruah hendakNya.

Aduhai, sebak rasanya apabila membaca komen-komen mereka.

Untuk rekod, allahyarham Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus COVID-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Jun 2026

Jual Tiket Konsert BTS Di Paris, Netizen Dakwa Ernie Zakri ‘Hamil’? Ini Jawapan Empunya Badan

Tindakan Ernie Zakri yang mahu menjual dua tiket VIP kumpulan K-Pop popular Korea Selatan, BTS  di Paris menyorot perhatian ramai.

Hiburan Wed, 25 Jun 2025
Hiburan Thu, 24 Oct 2019

Sweet Qismina Tampil Kelainan Apa Tu?

Sekali sekala tampil dengan imej yang berbeza apa salahnya kan?

Contest Wed, 27 Nov 2019
Contest Tue, 21 May 2019

xtra好康头 | 送你《郑伊健演唱会-云顶站》入门票

xtra好康头 送你《郑伊健演唱会》入门票,让你和这位香港超级巨星一起唱响云顶!

Trending Thu, 22 Apr 2021

Lebih Banyak Beli, Lebih Jimat Belanja… Sempena Syawal, Courts Sedia Tawarkan Rebat Melebihi RM3.8 Juta!

Kita sudah memasuki minggu kedua bulan Ramadan dan itu menandakan Syawal bakal menjelma tidak lama lagi. Sambutan Hari Raya Aidilfitri seharusnya diraikan dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. Biarpun kita masih terkesan dengan wabak Covid-19, […]

error: Content is protected !!