Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 25, 2025 @ 8:04pm

“Kalau Artis Tu Jantan, Bukan Main Lagi…” – Azza Kesal Netizen Pertikai Elite Buat Konsert

Anggota ahli kumpulan Elite iaitu Azza Zawari meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir warganet memberi pandangan negatif susulan pengumuman konsert sulung mereka yang bakal berlangsung pada 20 September ini.

Menerusi platform Threads, Azza atau nama lengkapnya, Nor Azzarima Zawari, 48, seakan emosi membalas komen netizen.

“Kalau artis tu jantan, bukan main lagi lupa status bertudung.. Puji macam tak ada suami,” katanya membalas komen salah seorang individu yang mempertahankan Elite.

Individu tersebut memberi teguran buat orang ramai untuk berhenti menghentam vokal Elite yang dianggotai oleh Azza, Abby Abadi, Watie Sadali, Sasha Saidin, dan Linda Rafar.

Menjengah ke media sosial sama, Azza aktif mermbalas kritikan dan komen netizen bagaimanapun dia berharap agar segala kecaman tersebut tidak mematahkan semangat Elite untuk meneruskan konsert mereka.

“Ada orang suka, ada orang juga tak suka.. Tak mengapa tapi jangan la bagi patah semangat. Mudah-mudahan yang tak suka akan suka,” katanya.

Elite akhirnya bakal mengimbau kembali momen ‘nostalgia’ dalam konsert Elite Live ’25 berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 20 September ini.

Membawa tema daripada album pertama mereka iaitu ‘Catwalk’, konsert yang akan menghangatkan pentas berprestij itu bertujuan bagi meraikan 30 tahun keberadaan Elite dalam industri seni hiburan tanah air.

Tiket konsert ‘ELITE LIVE 25’, akan mula dijual pada 26 Jun, Khamis jam 2 petang menerusi laman web www.ticket2u.com.my/elite.

Harga tiket bermula daripada RM268 hingga RM1088.

Artikel Berkaitan: Tamparan Wanita Kembali! Elite Rai 30 Tahun Dalam Konsert Sulung ‘Elite Live ’25 September Ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Apr 2024

“Cintailah Allah, Rumah Tangga Akan Selamat”- Ustaz Ahmad Dusuki Titip Pesanan, Minta Pasangan Berkahwin Jangan Sebar Aib Di Media Sosial

Mana yang baik ambil pengajaran dari sudut positif. Masing-masing ada pendapat sendiri bukan?😎

Hiburan Sun, 16 Oct 2022
Hiburan Sat, 5 May 2018

Tak Sampai 48 Jam, Akaun Anak Pasangan Selebriti Popular Ini Cecah Lebih 84,000 Pengikut

Buat masa ini, Jep dan Sari Yanti baru saja berkongsi tiga keping foto comel Dariya di laman Instagram terbabit.

Featured Fri, 13 Sep 2024
error: Content is protected !!