Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 2, 2022 @ 4:58pm

“Saya Ingat Akan Kena Kecam Tapi…” – Bawa Watak ‘G*y’, Gambit Akui Ia Berkesan Dan Diterima Penonton

Selepas kemunculannya dalam drama rantaian popular, Suamiku Lelaki Pendosa, nama Gambit Saifullah semakin mendapat tempat dihati penonton dan produksi drama televisyen tempatan.

Membawakan watak sebagai seorang ‘gay’,  Gambit atau nama sebenarnya, Mohd Gambit Saifullah Rosli, 37, berpendapat wataknya dalam drama tersebut bakal menerima kecaman hebat dari pihak luar.

Bagaimanapun penerimaan peminat dan lakonannya mendapat respon positif dari semua pihak.

“Alhamdulillah, semuanya sangat baik dan saya sangat gembira bersama-sama team produksi.

“Mula-mula memang ingat akan kena bash oleh semua pihak tapi tidak. Kerana, drama tersebut merangkumi semua angle dan penceritaan. Dan, alhamdulillah impak dia sangat baik,” katanya.

Gambit ditemui ketika sesi sidang media secara maya drama terbaharunya berjudul, Bila Hati Memilih Dia yang akan ditayangkan di slot Samarinda bermula 28 Mac 2022.

Mengakui berdepan cabaran kerana membawakan watak sebagai seorang bapa, Gambit berpendapat, sebagai seorang pelakon mestilah pandai memilih lakonan atau watak yang ingin dibawakan.

Ini kerana, setiap lakonan itu mempunyai nilai dan pengalamannya tersendiri.

“Kenapa saya accept offer ni kerana sebagai pelakon we have to be choosy dan bukan asyik membawakan watak yang sama sahaja. Tapi, kuota dia… the type of character tu penting.

“Kalau saya dulu, saya akan pilih karakter above everything else. Kadang-kadang saya tak ambil pun watak utama kerana lebih memilih watak sampingan sebab, supporting role tu lagi seronok lah,” jelasnya.

Tambahnya lagi, pelakon harus menjadi seorang yang versatile kerana ia memberi kesan dalam karier masing-masing.

“Kalau saya diberi main role tapi typical saya tak akan teruja nak buat benda tu. Walau bagaimanapun, kita still kena maintain our role. Sebab benda tu boleh effect our job. Sebagai pelakon kita nak dan perlu jadi versatile,” katanya.

Selain Gambit, drama Bila Hati Memilih Dia turut menampilkan pelakon hebat seperti Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Zila Bakarin dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Nov 2018

‘ Kami Bukan Tawar Hati, Kami Hanya Beri Dia Masa Berfikir’, Forteen Jawab Dakwaan Izzue Islam

Jujurnya kami bukan tawar hari, kami hanya beri masa untuk Izzue berfikir secara rasional.

Featured Wed, 11 Jan 2023
Featured Wed, 1 Sep 2021

“Taubatlah, Allah Nampak Apa Yang Kita Buat”- Fazura Rayu Penipu Bertaubat

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mengakui terkilan apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat dengan menipu menggunakan jenama tudungnya. Menerusi Instagram Story Fazura yang dikongsikan beberapa jam lalu, aktres filem Senario XX itu […]

Hiburan Thu, 9 Oct 2025
Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Dunia Glamour Dah Habis – Adi Putra

Jujurnya, saya tidak lagi berharap untuk nama saya sentiasa di atas.

Featured Thu, 6 Mar 2025

Tinggal Komen Jelik Libat Agama, MCMC Saman Harith Iskander, Cecilia Yap

Permohonan untuk menutup akaun Facebook kedua-dua individu tersebut juga telah dibuat.

Hiburan Sun, 1 Feb 2026

Gara-Gara Kos Tinggi, Aliff Syukri & Nur Shahida Hampir Jual Bangunan Sendiri… Kini Jadi Tarikan Walk-In, Raih RM8 Juta Dalam 6 Bulan

Keputusan Aliff Syukri & Nur Shahida untuk melancarkan bangunan perniagaan sendiri bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya melalui proses panjang penuh cabaran.

error: Content is protected !!