Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 23, 2022 @ 4:30pm

Beraksi Manja Atas Sofa, Netizen Kecam Eyka Farhana Tampil Seksi Tayang Pusat Menerusi Kempen Pakaian Dalam

Nama pelakon Eyka Farhana sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan tanah air.

Malah, dia juga seringkali terpalit dengan beberapa isu kontroversi melibatkan penampilan seksinya dan cerita mengenai hubungan cintanya bersama pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid.

Terbaharu, Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi sekali lagi tampil dengan aksi seksinya apabila terlibat dalam satu kempen pakaian dalam melibatkan jenama terkenal antarabangsa, Calvin Klein.

Menerusi video tersebut, Eyka tampil memakai sports bra bersama seluar dalam jenama terkenal itu yang turut dipadankan bersama jaket denim dan seluar jeans ‘baggy’.

Bahkan, penampilannya itu turut memperlihatkan bahagian perut dan pusatnya dengan jelas sambil beraksi manja dan terbaring di atas sofa.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet kurang senang dengan penampilan aktres itu yang beraksi seksi untuk menjayakan kempen jenama popular itu.

“Nak cabar siapa? Islam hanya pada IC….”

“Aurat is nothing….”

Bagaimanapun, ada juga rakan artis yang tampil memuji penampilan pelakon Juvana itu yang dilihat semakin cantik dan matang dalam persalinan berkenaan.

Terdahulu, Eyka pernah memkalumkan bahawa dia tidak mahu bersikap ‘poyo’ dan berpura-pura disebalik pakaian yangdikenakannya  demi mengikut kehendak netizen.

@misseykaf My comfort of confidence 🤍 @Calvin Klein #mycalvins ♬ original sound – Eykafarhana

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 May 2025
Trending Wed, 6 Jul 2022

Yasin Sulaiman Terlepas Hukuman Gantung, Lepas Tanpa Bebas Daripada Tuduhan Edar Ganja

Alhamdulillah, bagaimanapun Yasin masih didakwa atas 2 pertuduhan lain

Hiburan Mon, 1 Sep 2025
Hiburan Mon, 21 Oct 2024
Featured Thu, 9 Jun 2022

[VIDEO] Terserempak Kereta Atas Highway, Balu Arwah Abam Sebak Kenang Memori

Allahu sebaknya… Semoga Hidayah kuat semangat dan dimurahkan rezeki selalu ❤️❤️❤️

Featured Mon, 27 May 2019
error: Content is protected !!