Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 14, 2025 @ 3:50pm

[VIDEO] Difitnah Curi Kereta Mercedes Benz, Zarina Anjoulie Bakal Ambil Tindakan Saman

Pelakon dan usahawan sensasi, Zarina Anjoulie akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung isu tular di TikTok yang mendakwa dirinya mencuri sebuah kereta mewah model Mercedes Benz.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju menegaskan, dia telah difitnah dan segala tuduhan terhadapnya adalah tidak benar sama sekali.

“Assalamualaikum semua. Saya sebenarnya memilih untuk berdiam diri sebelum ini mengenai isu saya dituduh mencuri dan menyorok kereta Mercedes Benz. Tapi ramai yang bertanya, video pun dah viral di TikTok, jadi saya nak jelaskan cerita itu tak benar sama sekali,” katanya.

Menurut Anju, kereta tersebut bukan dicuri sebaliknya diberikan kepadanya sebagai cagaran oleh individu tertentu berhubung satu kes ganti rugi yang masih belum diselesaikan.

Dua laporan polis dibuat

Malah, dua laporan polis telah dibuat antaranya, berkaitan pemilikan kenderaan terbabit dan satu lagi, berhubung tindakan pencerobohan serta fitnah yang dilemparkan oleh individu bernama, Nurul Ariani.

“Kereta itu diberikan kepada saya sebagai cagaran kerana ada ganti rugi yang pihak tersebut perlu lunaskan kepada saya. Tapi benda itu tak diceritakan langsung oleh pihak sana. Semua bukti ada dengan saya.

“Semalam, pihak polis telah buat serbuan ke rumah individu tersebut untuk penangkapan, tetapi dia dilepaskan dengan jaminan polis. Sekarang saya perlu serahkan segala dokumen penting seperti geran tanah dan rumah kerana dia bukan saja menceroboh, tetapi memfitnah saya dan keluarga.

“Sedangkan dia tahu kenapa kereta itu ada pada saya. Ia adalah atas persetujuan bersama disebabkan ada perara yang perlu dia selesaikan dengan saya,” tambahnya.

Bertindak keterlaluan

Kesal apabila keluarga turut menjadi mangsa dalam isu ini, Anju mendakwa individu berkenaan bertindak keterlaluan apabila membuat rakaman video secara langsung (live) di kediaman keluarganya dan bertindak biadab terhadap ibunya.

“Awak membuat fitnah, datang dengan biadapnya membuat live video di luar kediaman keluarga saya dengan mak saya.

“Mak saya yang pernah jemput dan bagi awak dan keluarga awak makan. Macam tu awak biadap dengan keluarga saya. Menceroboh, memfitnah saya mencuri dan tak hormat dengan ibu saya itu sebab saya ambil tindakan,” jelasnya.

Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Anju turut memaklumkan, kes ini juga telah diserahkan kepada peguamnya dan kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman malu kepada individu terbabit.

“Saya diam selama ini sebab sedang ambil tindakan undang-undang. Lepas ini, peguam saya akan saman malu.

“Bukan itu sahaja, dia juga membuat fitnah terhadap rakan baik saya dengan menuduh kawan saya menculik anaknya demi view,” ujarnya.

Perkara tu dikongsi Anju menerusi muat naik video di platform TikTok miliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Mar 2025

Iman Fandi Rai Semangat Hari Raya Dengan Single ‘Hari Raya Raya Raya’

Penyanyi berbakat dari Singapura, Iman Fandi, menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pelancaran single Melayu pertamanya berjudul,  ‘Hari Raya Raya Raya’.

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Trending Thu, 14 Nov 2019
Events Fri, 20 Jan 2023

Tular Foto Siti Bainun & Peguam Layan Movie, Che Puan Khaleeda & Aktivis #JusticeForBella Tampil Bersuara!

Netizen pun pening tengok kejap tak kawan, kejap kawan. Abis tu yang Bainun nangis tu betul ke?

Featured Wed, 1 Oct 2025

Nadzmi Adhwa Menangis Ketika Live Bersama Ardell Aryana, Misi GSF Hampiri Zon Merah

Pelakon Nadzmi Adhwa gagal menahan sebak apabila diberi kesempatan melakukan sesi siaran langsung bersama isterinya

Featured Wed, 24 Nov 2021

“Terima Kasih Kak Ana 16 Tahun Dengan Kami” – Sebaknya! Satu Keluarga Menangis Tak Sanggup Lepaskan Pembantu Rumah

Ramai rakyat Malaysia menggunakan khidmat pembantu rumah warga asing untuk meringankan beban menjaga anak, menguruskan rumah dan sebagainya. Namun, sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembantu rumah itu ikhlas dan telus, malah lama kelamaan ia pasti […]

error: Content is protected !!