Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 9, 2022 @ 10:04pm

[VIDEO] Terserempak Kereta Atas Highway, Balu Arwah Abam Sebak Kenang Memori

Menerusi aplikasi TikTok, balu kepada Allahyarham Abam Bocik, Nor Hidayah Mohd Ali membuat perkongsian sebuah video yang memaparkan dirinya terjumpa kereta milik suaminya di atas jalan raya baru-baru ini.

Menurut Hidayah, dia sebak apabila melihat kereta yang pernah dimiliki mereka itu kini hanya tinggal kenangan apabila telah dijual setelah Allahyarham Abam telah meninggal dunia.

“Hanya tinggal kenangan kereta arwah suami. Bila Hamzah besar nanti, inilah kereta ayah.

“Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya,” tulisnya diruangan kapsyen.

@hidayah_hamzah Hanya tinggal Kenangan Kereta Arwah Suami..Bila hamzah dah besar Ini la Kereta Ayah, Ayah penah cakp Kereta ini untuk keselesaan anaknya.. Doakan Bisness Ibu berjaya ❤️🥰#hanyatinggalkenangan #keretapenuhkenangan #dieyabeauty ♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

Apa yang lebih menyayat hati, Hidayah berharap dia berjaya dalam perniagaannya supaya dapat membeli kereta seperti arwah suaminya dahulu.

“Ternampak kereta arwah suami BNP 639, hanya tinggal kenangan. Hamzah nanti doakan business ibu berjaya boleh ibu beli kereta macam arwah ayah, ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya,” luahnya lagi di video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya bersimpati dan sedih dengan situasinya. Ramai yang mendoakan agar Hidayah berjaya dan dapat memiliki apa yang diingini namun ada segelintir warga maya yang menyalahkan adik iparnya atas apa yang berlaku.

“Insya-Allah ada rezeki kak.. ni kami rakyat Malaysia sentiasa doakan kesejahteraan akak.

“Akak nanti nak beli kereta beli dekat saya.. nanti saya tolong akak ya.

“Susah juga kalau ada waris tamak.” tulis warga maya.

Sekadar info, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan telah menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Oct 2019

Sean Kingston 1019来马!与多位本地著名DJ联合演出

知名歌手Sean Kingston将于10月19日(星期六)晚上8时30分,在吉隆坡Quill City Mall举办巡回演唱。

Hiburan Wed, 13 Feb 2019

Mimi Gementar Jadi Artis Naungan Pertama Siti Nordiana

Pelajar jurusan Multimedia di Universiti Kuala Lumpur merupakan antara tiga peserta uji bakat yang dipilih oleh Siti Nordiana.

Hiburan Wed, 7 Feb 2024

Anak-Anak Trauma, Tak Izin Shuhada Kahwin Lagi? – “Memang Ada Yang Mendekati Tapi…”

Inshaa-Allah, jodoh yang baik akan datang pada waktu yang tepat❤️

Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Trending Wed, 27 Nov 2019

Secret Recipe Malaysia Came To The Rescue When A Malaysian Uncle Can Only Afford His Wife A Burger On Her Birthday

This is the sweetest thing we’ve ever seen and we really hope the wife had the birthday of her lifetime.

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Tak Suka Wanita Kahwin Suami Orang – Che Ta

Kita takut esok orang ambil laki kita , itu pasal kita benci orang yang rampas suami orang.

Hiburan Sun, 7 Jul 2024
error: Content is protected !!