Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin February 7, 2024 @ 12:01pm

Anak-Anak Trauma, Tak Izin Shuhada Kahwin Lagi? – “Memang Ada Yang Mendekati Tapi…”

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mengaku belum bersedia untuk berkahwin lagi selepas kontroversi yang melanda rumah tangganya sebelum ini.

Katanya, keputusan tersebut dibuat dek kerana anak-anaknya juga masih berasa trauma dan bimbang dirinya disakiti lagi.

“Saya akui masih trauma dan takut selepas apa yang terjadi kepada saya.

“Anak-anak trauma dan tak izin saya kahwin lagi kerana risau salah pilih pasangan.

“Saya memang hendak jaga emosi anak-anak dan berikan kebahagiaan kepada mereka. Saya tak mahu mereka membesar dalam keadaan tidak baik,”katanya.

Dalam pada itu, Shuhada bagaimanapun tidak menolak kemungkinan sekiranya pada masa hadapan, dia dipertemukan dengan  jodoh yang baik.

“Tidak dinafikan memang ada yang cuba mendekati saya dan anak-anak.

“Tapi,  saya anggap hanya kawan sahaja sebab hendak  mulakan hubungan baru perlulah sembuhkan diri sendiri dulu.

“Sekarang ini bukan menjadi keutamaan saya untuk mencari pengganti mahupun kejar dunia sebab apa yang penting, didik anak-anak.

“Saya mahu jaga mereka sebaiknya sebab tak mahu mengulangi kesilapan macam saya dulu. Kalau boleh mahu capai cita-cita tertangguh,”ulasnya.

Sekadar info, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016.

Bagaimanapun, pada 22 Februari tahun lalu Hafidz dilaporkan melafazkan cerai terhadapnya melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing.

Nurul Shuhada kemudian memfailkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 28 Februari tahun lalu.

Pada Selasa, Shuhada hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bagi perbicaraan pertama kes dicederakan bekas suaminya.

Namun, kes tersebut terpaksa ditangguhkan pada 2 dan 3 Julai depan susulan masalah kesihatan yang dihadapi pelakon itu sehingga tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Apr 2022
Hiburan Fri, 21 Jun 2024
Hiburan Tue, 14 Nov 2023

ILYS Akhirnya Ditayangkan Di Slot Akasia TV3, Haidar Hasanudin Gementar Tunggu Reaksi Penonton

Selain Haidar Hasanudin, ILYS menampilkan lakonan MK K-Clique & Ezzanie Jasny.

Events Fri, 22 Jun 2018

Bekalan Darah Di Kedah, Perlis Kritikal

Justeru Jabatan Kesihatan Kedah menyeru orang ramai untuk menderma darah berikutan kekurangan bekalan semakin kritikal.

Events Thu, 18 Jun 2026

Tonton Non Stop, On Top! Tawar Hadiah Lebih RM700,000, Strim Drama & Menang Kereta Baharu

Menangi kereta baharu dan pelbagai hadiah lumayan bernilai lebih RM700,000 hanya dengan menonton drama kegemaran anda! Tonton Non Stop, On Top!

Trending Wed, 3 Oct 2018

Walaupun Berat Badan Isteri Hampir 100 Kg, Si Suami Kacak Tetap Sayangkannya

Cinta yang suci lahir dari hati, bukannya luaran semata-mata!

Featured Tue, 30 Jun 2026

“Kami Cuma Nak Tahu Apa Yang Berlaku, Suami Pun Dilarang Tengok CCTV” –  Anne Abdullah Persoal Misteri Kematian Nadia Kesuma

Pelakon Anne Abdullah berharap misteri di sebalik kematian Allahyarham rakan baiknya, Nadia Kesuma ketika berada di Jeddah dapat diselesaikan

error: Content is protected !!