Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin January 31, 2020 @ 11:59am

“Ianya Ujian Terbesar Buat Saya” Nora Ariffin Akui Tertekan Dan Sedih

Penyanyi yang popular menerusi lagu Dipersimpangan Dilema ini mengakui, kehilangan insan tersayang dalam masa yang cukup singkat betul-betul menguji kesabaran dan kekuatan beliau sebagai seorang isteri dan juga ibu.

” Perginya dua insan tersayang merupakan satu ujian dan rasa kehilangan yang berbeza. Kehilangan suami lebih mendalam kerana dia adalah teman kita, soulmate dan tempat kita menangis serta teman dikala susah dan senang kita

“Tapi kalau anak sedih dia lain, sebab kita yang melahirkan, mengandungkan dan menjaga mereka sehingga besar. Itu bezanya tapi perasaan sayang tetap sama” Katanya.

Allah berhak bagi pinjam yang terbaik untuk kita 

Mengakui tidak terlepas dengan tekanan, perasaan sedih dan kadang kala menangis dengan pemergian insan tersayang, penyanyi ini bagaimanapun menerima dengan reda dan sentiasa bersangka baik dengan ketentuan Allah.

Pada 14 Disember tahun lalu, anak kedua Nora yang juga salah seorang peserta bagi program Mentor Milenia 2019 iaitu, Muhammad Syakir Alif Johan,20, yang dilaporkan meninggal dunia secara mengejut apabila tiba-tiba rebah ketika berada di kediaman mereka.

Bersedia mencari pengganti arwah suami?

Ketika ditanya mengenai jodoh, penyanyi ini menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah.

“Kita berserah dan doakan yang terbaik, kalau tiba masanya sampailah nanti. Kalau nak cari yang macam arwah memang takkan jumpa yang sama. Saya pun tidak mencari. Cuma kalau satu hari nanti ada  yang datang dan anak-anak saya okay. Saya okay!” Jelasnya ketika ditemui pada majlis yang diadakan di GlamhallMercu Mustapha Kamal pada Khamis.

 

Apapun, diharap Nora sentiasa kuat, tabah dan bahagia dalam menjalani kehidupan bersama anak-anak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 May 2019

Nourul Depp Selamat Lahir Anak Keempat, Tahniah!

Alhamdulillah…Mesti comel kan baby Isabella Depp, tahniah Nourul & Eric!

Featured Thu, 12 Dec 2024

Insiden Bendera Malaysia Dipasang Secara Terbalik, Penaja Lee Zii Jia Mohon Maaf

Victor Malaysia tidak berniat untuk menimbulkan kontrovesi.

Hiburan Thu, 30 Oct 2025
Hiburan Thu, 23 Nov 2023

“Izin & Restu Suami Itu Perlu” – Fattah Amin Tak Kongkong Isteri

Fattah Amin tak kongkong isteri, Nur Fazura.

Featured Thu, 8 May 2025

Insiden Simbah Asid Babitkan Faisal Halim, PDRM Gagal Temui Petunjuk

Insiden berlaku setahun lalu itu diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Fri, 11 Jul 2025

Syasya Rizal Buka Mulut Isu Dituduh Makan Daging B*bi

Syasya Rizal perjelas makanan dalam mulutnya tidak haram

error: Content is protected !!