Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 23, 2023 @ 8:00pm

“Izin & Restu Suami Itu Perlu” – Fattah Amin Tak Kongkong Isteri

Pelakon Fattah Amin, 33, menegaskan tidak salah untuk seorang isteri mendapatkan keizinan atau restu suami dalam segala hal, termasuk soal persahabatan.

Menurut Fattah, normal bagi seorang wanita yang bergelar isteri meminta keizinan dan restu suami malah sebagai pasangan, suami isteri juga harus mengetahui setiap aktiviti yang dilakukan.

Fattah Amin tak kongkong isteri

“Bagi pendapat saya, sangat normal bagi suami isteri memberi nasihat antara satu sama lain. Dalam Islam, isteri harus memohon izin suami dalam segala hal, bukan dalam konteks kawan, tapi dalam apa juga hal sekalipun.

“Normal untuk isteri minta izin dan restu suami. Keizinan suami itu satu keberkatan untuk isteri. Bila sudah berkahwin, dah hidup bersama, dah bergelar suami isteri, perkara paling utama yang perlu dijaga ialah hati pasangan dan keluarga kita. Jangan kata kawan, nak keluar rumah pun kena minta izin suami,” kata Fattah.

Dalam pada itu, Fattah juga tidak mengongkong isterinya, aktres Nur Fazura, 40, apabila menentukan dengan siapa dia boleh berkawan.

Sebagai suami, Fattah kena ambil tahu

“Kalau saya kongkong isteri, pastinya dia pun tak boleh keluar menjalani penggambaran. Sebagai suami, sudah tentu saya kena ambil tahu dengan siapa isteri saya berkawan dan sebaliknya juga, dia pun tahu dengan siapa saya berkawan.

“Bagi saya konsep ini normal dalam konteks keluarga dan hubungan suami isteri. Kita sebagai orang Islam sebenarnya faham, cuma kita jangan mensensasikan perkara itu sehingga memperlihatkan sebagai negatif,” katanya.

Terdahulu, Fazura menjawab dakwaan ‘perang dingin’ yang heboh diperkatakan baru-baru ini dan menyatakan dia lebih mengutamakan keizinan suami dalam memilih kawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Persoal Niat Naratif Isu Perang Dingin Bersama Neelofa – “Tak Berkawan Bukan Bermaksud Bermusuh”

Fattah ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta jenama baju Melayu Eastana Exclusive di Ampang pada Rabu.

Menjadi wajah untuk jenama pakaian terbabit sempena sambutan Hari Raya tahun hadapan, Fattah terus bersetuju saat ditawarkan kerana kualiti fabriknya.

“Saat diberi tawaran, mereka datang membawa baju-baju Melayu itu. Melihat kepada kekemasan jahitan serta fabrik berkualiti yang digunakan, saya terus bersetuju untuk bergelar duta.

“Saya harus mementingkan kualiti kerana wajah saya yang bakal mewakili jenama ini. Sudah pasti saya nak memberikan yang terbaik kepada peminat,” katanya.

Selain Fattah, pelakon Ben Amir juga bergelar duta kepada jenama yang menjual baju Melayu teluk belanga, baju Melayu cekak musang, kurta dan baju Melayu kanak-kanak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Jun 2023
Hiburan Thu, 7 Dec 2017

Rock Revival Himpun Otai Rock

siri persembahan ‘Rock Revival’ bermula pada 23 Disember ini di The House, G Tower Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Featured Fri, 14 Oct 2022

Gambar Adik Disalah Guna, Individu Gesa Pihak Pertubuhan Kasih Neelofa Beri Penjelasan – “Lepas 5 Tahun Jadi…”

Eh, betul ke ni? Katanya sampai sekarang masih tiada sebarang penjelasan daripada Pertubuhan Kasih Neelofa

Featured Mon, 22 Jul 2024

Diana Danielle Mengaku Terpaksa Pindah Rumah 11 Kali & Hidup Menumpang – “Nak Beli Nasi Lemak RM1 Pun Tak Mampu”

Betullah, tak ada siapa yang tahu struggle yang terpaksa dilalui oleh setiap orang untuk jadi siapa diri dia hari ni kan 😥

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Hidup Mewah Hasil Duit Haram, Erma Fatima Sindir Siapa?

Untuk apa kesenangan dari kesengsaraan sahabat sendiri kan?

Hiburan Sun, 3 Dec 2017

“Suami Minta Tidak Hebahkan Perkahwinan Kami”

Izreen turut memohon maaf kepada peminat kerana merahsiakan perkahwinannya sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi

error: Content is protected !!