Featured By: Salma Syahbuddin November 10, 2023 @ 12:55pm

Fazura Persoal Niat Naratif Isu Perang Dingin Bersama Neelofa – “Tak Berkawan Bukan Bermaksud Bermusuh”

Selepas kenyataan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor untuk menamatkan ‘perang dingin’ yang berlaku sejak 13 tahun lalu bersama pelakon jelita, Nur Fazura, kali ini empunya badan pula tampil memberikan respons.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram miliknya, Fazura memaklumkan, dia tidak berniat untuk membuka aib sesiapa, namun dalam masa sama tidak mahu fitnah mengenai perkara itu terus bertebaran.

“Tiada niat untuk membuka aib sesiapa tetapi jika dibiarkan, perkara tidak betul yang tumbuh akan terus melata. 

“Sejujurnya Faz hanya menjawab soalan yang telah diajukan oleh wartawan. Jika tidak dijawab, ceritanya lain pula nanti.

“Respons Faz adalah kepada soalan berkenaan perkara yang telah ditularkan oleh para peminat tegar individu lain tetapi sekarang digambarkan seolah-olah Faz yang memulakannya. Untuk apa? Tiada sebab dan tiada keuntungan untuk Faz memulakan sesuatu yang tidak produktif. Banyak perkara lain perlu diberikan perhatian. 

“Namun itu tidak menghalang Faz, Fattah dan keluarga kami menjadi mangsa cacian dan fitnah para peminat tegar ini. Ini bukan kali pertama, sudah bertahun-tahun lamanya tapi Faz dan suami, terus fokus kepada kehidupan kami dan kerjaya sendiri. Kini, Fatima juga menjadi mangsa tambahan. Apa salah dia sehingga sasaran cacian itu dihalalkan?,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Didakwa Tak Sebulu Dengan Nur Fazura… Neelofa Mahu Berdamai, Terbuka Hati Tamatkan Spekulasi Sengketa

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Ada Sebab Tak Nak Jual Tudung Palestin – “Ia Tak Selari Dengan Prinsip Saya”

Dalam pada itu. pelantun lagu Sayangi Dirimu ini menjelaskan, bahawa naratif ‘perang dingin’  yang digembar-gemburkan sebelum ini  adalah tidak benar.

Malah, sebagai seorang yang matang dan sudah lama bertapak dalam industri, Fazura berkata, dia berhak menentukan dengan siapa dia berkawan termasuklah mengutamakan keizinan suaminya dalam hal sedemikian.

“Naratif ‘Perang Dingin’ yang digembar-gemburkan ini juga tidak betul dan tidak pasti niatnya apa. 

“Sama juga seperti orang lain, saya berhak menentukan dengan siapa saya sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi.

“Kini, izin suami dengan siapa saya wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 

Selain itu,  pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini sempat menitipkan doa agar semua pihak dapat meneruskan kehidupan masing-masing dalam redha Allah.

“Maka didoakan agar semua dapat meneruskan kehidupan masing-masing dalam keredhaan Allah SWT. Tiada guna memerah jerami untuk mendapatkan santan. Semoga kita semua dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan di dunia akhirat.. mudah-mudahan.. Aminnn,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Wahai ‘Victim’, Sabar & Diam Saya Sejak 9 Bulan Lepas Ada Hadnya” – Nur Fazura ‘Warning’ Siapa?

ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin & Fazura Bergabung Dalam Prekuel Mat Kilau?

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Pernah Kata Saya Terpaling Solehah” – Nur Fazura Mengaku Pakai Hoodie & Topi, Sangkal Dakwaan Netizen Konon Berhibur Di Kelab Malam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Sep 2023
Featured Thu, 25 Nov 2021

Bakal Terbang Ke US, Nur Sajat Dakwa Akan Muncul Dalam The Ellen Show Januari Depan

Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat mendakwa dirinya bakal muncul dalam program bual bicara terkemuka Hollywood, The Ellen Show pada Januari depan. @sajat.issa Bulan 2 Sajat terbang ke singapore ♬ original sound […]

Hiburan Sun, 8 Jul 2018

Fuh…Video Menteri Kutip Sampah Jadi Viral!

Pelbagai pihak turut memuji tindakan beliau dan menularkan gambar serta video berkenaan termasuk ketua jurulatih hoki wanita negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah

Trending Mon, 18 May 2020
Featured Mon, 15 Aug 2022

[VIDEO] “Siapalah Kata Mereka Cerai?” – Solat Jemaah Bersama, Noor Nabila Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Bersama Engku Emran Masih Baik

Segala kontroversi telahpun terjawab. Pasangan bahagia ni elok je tunai solat jemaah bersama-sama. Tapi comel Jebat Jayden niii, gerammm je!

error: Content is protected !!