Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 1, 2025 @ 3:15pm

‘Memilih Kamu’ Gandingan Balada Penuh Emosi Black Hanifah & Adira Suhaimi

Dua nama besar dalam industri muzik tanah air, Black Hanifah dan Adira Suhaimi, tampil dengan sebuah lagu duet terbaharu berjudul Memilih Kamu. Lagu bergenre balada ini adalah hasil ciptaan komposer tersohor Mas Dewangga dan Jova Devito, yang karya mereka sering menjadi pilihan di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).

Menurut Black, Memilih Kamu mengetengahkan kisah persahabatan yang dalam diam diselubungi perasaan cinta.

“Lagu Memilih Kamu mengisahkan tentang sepasang sahabat seorang lelaki dan seorang wanita. Dalam hubungan persahabatan itu, si lelaki sebenarnya menyimpan perasaan terhadap wanita tersebut. Namun begitu, wanita itu pada waktu yang sama sudah mempunyai teman lelaki atau pasangan lain.

“Lelaki itu pula memilih untuk tidak meluahkan perasaannya. Dia hanya memerhati dari jauh, memilih untuk menyokong dan mendoakan kebahagiaan wanita itu. Tetapi dalam diam, dia turut berasa sedih apabila melihat hubungan wanita tersebut dengan pasangannya mulai retak dan bermasalah.

“Menariknya, di penghujung cerita, akhirnya mereka disatukan juga. Lelaki itu akhirnya dapat bersama dengan wanita yang selama ini disayangi dalam diam. Alhamdulillah,” katanya.

Bagi Adira, lagu tersebut membawa makna tersendiri kerana ia dekat dengan kisah cinta yang tidak kesampaian.

“Lagu ini berkisar tentang cinta, cinta kepada seseorang yang tidak kesampaian. Namun begitu, individu itu tetap mahu menyampaikan perasaannya, bahawa walaupun mereka tidak bersama, dia akan sentiasa ada dan menyayangi dari jauh. Begitulah maksud yang ingin disampaikan,” jelasnya.

“Rakaman lagu dilakukan secara berasingan, namun bagi Adira, prosesnya tetap berjalan lancar dan penuh emosi.

“Kalau nak kata susah, sebenarnya tidaklah terlalu sukar. Ini kerana, melalui liriknya sahaja kita sudah boleh merasai emosi lagu tersebut. Tambahan pula, sebelum sesi rakaman dijalankan, kami sudah menerima demo lagu tersebut terlebih dahulu. Jadi, walaupun saya dan Black tidak merakam secara bersama di studio, tetapi feel lagu itu tetap sampai. Alhamdulillah,” katanya.

Black pula menyifatkan sesi rakaman yang hanya memakan masa kurang sejam sebagai satu pengalaman profesional dan menyeronokkan.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya bekerjasama dengan Mas Dewangga. Mereka ini lebih muda daripada saya, tetapi cara kerja mereka sangat profesional. Proses rakaman pun tidak mengambil masa yang lama, lebih kurang 45 minit sahaja sudah siap dirakam sepenuhnya.

“Apabila mendengar hasil akhir lagu ini, saya rasa ia memberikan satu bunyi dan warna baharu yang berbeza daripada lagu-lagu saya sebelum ini. Ia memberikan nafas segar dan kelainan yang saya sendiri tidak sangka,” katanya.

Bagi menjayakan muzik video, Bukit Fraser dipilih sebagai lokasi penggambaran. Black mengakui pengalaman itu cukup berbeza dan sukar dilupakan.

“Penggambaran muzik video untuk lagu ini agak mencabar dan unik. Saya perlu bangun seawal jam 4.30 pagi untuk bertolak ke Bukit Fraser. Kami tiba di lokasi sekitar jam 7 pagi, dalam keadaan masih gelap. Antara yang terawal tiba, kami perlu menunggu sehingga sekitar jam 9 pagi barulah penggambaran dapat dimulakan.

“Lokasi penggambaran memang cantik, dikelilingi pokok-pokok besar dan suasana yang nyaman. Namun begitu, pengalaman itu memang berbeza dan akan dikenang,” katanya.

Sementara itu, Mas Dewangga mendedahkan bahawa Memilih Kamu sememangnya dihasilkan khusus untuk Black dan Adira.

“Lagu ini memang dicipta khas untuk Black dan Adira kerana ia merupakan lagu tema (OST) untuk sebuah drama. Saya telah diberikan sinopsis drama terlebih dahulu, jadi saya tahu siapa penyanyinya sejak awal dan proses penciptaan memang dirangka bersesuaian dengan mereka berdua.

“Sejak awal lagi, lagu ini memang dirancang untuk menjadi sebuah lagu duet. Memandangkan lagu ini dicipta berdasarkan sinopsis drama yang melibatkan dua watak utama, jadi format duet dirasakan paling sesuai untuk menyampaikan emosi dan cerita yang ingin diketengahkan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 Jan 2018

Perangkap Lipas Tak sampai 10 Ringgit Pon, Tetapi …

Lipas, salah satu binatang yang menggelikan. Buat la bermacam cara sekalipun, pasti lipas akan muncul di sesetengah bahagian di rumah terutama di bahagian dapur, atau ruang tamu. Lebih merimaskan kalau kita jumpa lipas dalam kereta. […]

Featured Tue, 17 May 2022

“Tak Mampu Jangan Ajak!” – Gadis Perlekeh Lelaki Bawa Dating Di Drive-Thru

Masing-masing ada citarasa tersendiri tapi jangan sampai perlekeh orang lain… Kalau korang first date nak keluar makan dekat mana?

Hiburan Wed, 6 Dec 2017

Pengantin Perempuan Persembah Tarian Pada Pasangan Siapa Tu

Trend terkini pengantin perempuan /lelaki akan menari didepan pasangan seperti Mawar Rashid sakan menari di depan suami ketika majlis persandingan mereka.

Hiburan Sat, 25 Jan 2025
Hiburan Sun, 19 Dec 2021

“Anak Dia Tengah Tak Sihat, Dia Tinggalkan Nak Hantar Bantuan Makanan” – Turun Padang Bantu Mangsa Banjir, Netizen Puji Siti Nurhaliza

Tindakan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membantu mangsa banjir bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerima pujian netizen. Siti bersama suami menggerakkan bantuan serta turun padang mengharungi banjir di […]

error: Content is protected !!