Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 3, 2022 @ 1:30pm

“Yasin Sulaiman Perlukan Rawatan, Bukan Hukuman…” – Wardina Safiyyah

Pelakon Wardina Saffiyah mempertahankan penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman yang dibawa ke muka pengadilan dan didakwa bakal menerima hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan menanam dan memiliki 17 pokok ganja.

Wardina, 42, menyifatkan hukuman yang bakal diterima Yasin itu seakan tidak wajar kerana menurutnya, perogol dan pembunuh pun tidak dikenakan hukuman gantung sampai mati.

“Yasin tidak berhak untuk dihukum penjara seumur hidup atau gantung sampai mati kerana menanam pokok ganja.

“Dia berhak untuk dirawat kerana masalah kesihatan mentalnya dan amat memerlukan sokongan serta mungkin pemulihan. Dia seorang kawan, selebriti yang sangat berbakat, bijak, berani, seorang yang sangat baik walaupun terdapat kekurangan.

“Saya mendoakan agar dia menjadi lebih kuat, semakin sihat dan dapat mengharungi ujian ini dalam satu bahagian,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di hantaran milik Instagram.

Terdahulu, Yasin ditahan kerana menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominimun di Kota Damansara.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) , 39B (2) akta yang sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu disebat tidak kurang 15 kali.

Dalam pada itu, pelakon filem Lagi Lagi Senario ini turut meletakkan tanda pagar bagi memohon keadilan untuk Yasin dan berharap pelantun lagu Mimpi Laila itu dibebaskan untuk mendapatkan rawatan penyakit Bipolar.

“#justice4yasin #justiceforyasin Innalillahiwainnailaihirajiun. #justiceforyasinsulaiman Hati saya berkecai kerana mereka yang mengenali awak, pasti tahu awak tidak layak untuk semua ini.

“Bebaskan dia dari penjara dan tolong rawat serta bantu dia. #istandwithyasinsulaiman #bipolarawareness. Harap kekal kuat di sana kawan! Kami menyokong anda!” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 18 Sep 2021
Trending Hari Ini Wed, 10 Jun 2020
Hiburan Sun, 11 Aug 2019

Nourul Depp Terpaksa Buang Abnormal Cell

Doakan kesihatan dan keselamatan Nourul.

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Events Tue, 26 Jun 2018

Istiadat Angkat Sumpah Barisan Kabinet 2 Julai

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah menerima senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet pada 20 Jun lalu.

Hiburan Sun, 18 Aug 2019
Featured Mon, 6 Mar 2023
Trending Sun, 11 Mar 2018

Top 8 Craziest Things Malaysian Kids Used to Do When Our Parents Weren’t Home

When our parents are not at home, we kids rule the house!

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Crossroads : One Two Jaga Dominasi FFM30 Selepas AMPFKL 2018

Tahniah diucapkan buat semua pemenang FFM30

error: Content is protected !!