Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 5, 2022 @ 9:00am

“Saya Bukan Seorang Feminis…”- Zoraya Vadillo Akui Suara Wanita Perlu Didengari

Pengacara program terbaharu Women Talk yang bersiaran di TV3, Zoraya Vadillo mengakui walaupun tugasnya mengacarakan program bual bicara yang mengetengahkan isu-isu wanita, namun itu tidak bermakna dia akan bersikap feminis.

Tegasnya, sebagai seorang wanita dan pengacara program, Zoraya percaya bahawa setiap suara wanita itu mempunyai tempat tersendiri di dunia ini dan perlu didengari.

“I myself i am not a feminisme. Tetapi saya sangat percaya bahawa suara wanita mempunyai tempat di dunia ini. Dan itulah sebabnya kita bercakap tentang isu wanita. 

“Saya juga merasakan topik ini sangat lengkap disamping saya mempunyai rakan hos bersama yang cukup hebat, Deborah Henry,” katanya.

Hos program Women Talk, Deborah Henry (kiri) dan Zoraya Vadillo (kanan)

 

Zoraya ditemui ketika majlis sidang media Women Talk yang berlangsung di Sri Pentas baru-baru ini.
Sementara itu, Zoraya juga memaklumkan wujudnya chemistry antara beliau dan rakan pengacaranya, Deborah Henry dalam mengemudi setiap topik yang dibincangkan.

Bahkan, tidak mahu dilabel sebagai seorang yang bersikap feminis, anak kelahiran Sepanyol ini mengakui dia dan Deborah perlu mencari keseimbangan dalam setiap topik yang diberikan.

“Antara kami berdua, kami sangat mahir dalam mengemudi dan memastikan perbualan topik itu berada pada tahap yang sepatutnya. Maksudnya, kita boleh berbincang mengenai sesuatu topik itu dengan sedalam-dalamnya namun masih pada tahap yang tidak keterlaluan.

“Jadi kami tidak akan bersikap feminis atau sebaliknya kerana kami hanya mencari keseimbangan antara setiap topik yang yang dibincangkan,” jelasnya.

Zoraya ditemui ketika majlis sidang media Women Talk yang berlangsung di Sri Pentas baru-baru ini.

Women Talk akan bersiaran sebanyak 13 episod dan turut menampilkan tetamu jemputan yang terdiri daripada ikon dan tokoh dari pelbagai bidang.

Antaranya pemain skuasy profesional negara, Datuk Nicol Ann David dan Bekas Ahli Diplomat Negara, Datuk Noor Farida Ariffin.

Program ini akan bersiaran pada setiap Sabtu, jam 5 petang dan boleh di strim secara live di www.tonton.com.my.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 28 Sep 2019

事实 VS. 媒体想让我们看到的模样

「资讯爆炸」的程度已经远远超过当初发明这个词的人们所能想像得了,而这样的环境下衍生了可怕的问题。

Hiburan Mon, 24 Feb 2025

Amira Othman Nafi Sudah Bertunang Dengan Fattah Amin

Amira Othman perjelas dakwaan sudah bertunang dengan Fattah Amin

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Tiara Jacquelina Terkilan Tak Dapat Jumpa Allahyarham Zaibo

Maklumnya, ‘Hang seorang je yang tengok keadaan aku yang kurus macam ni. Aku rasa aku ada 4-5 bulan aja’

Featured Tue, 28 Feb 2023
Trending Sun, 1 Apr 2018

Going To KPOP Concerts Will Extend Your Life for Another 10 Years!

This is actual science and statistics speaking!

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Tahniah! Memey Suhaiza Dapat Anak Perempuan

Berita gembira tersebut dikongsikan suami Memey, pelakon Norman Hakim, 42, menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

Hiburan Sun, 26 Nov 2017

“Hanya Tinggal Seluar Dalam” Syamel Kongsi Kisah ‘Tragis’

Penyanyi lagu hidup dalam mati ini pernah mewakili Malaysia dalam festival muzik ABU TV song Festival 2017 pada 1 November lalu di Chengdu, China telah meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis buat dirinya. Menurut Syamel, […]

error: Content is protected !!