Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 7, 2022 @ 1:15pm

Libatkan Cahaya Mata Dalam Rancangan ‘Diari Daddy’, Shuib Tak Cenderung Anak-Anak Jadi Artis

Nama pelakon dan pelawak terkenal Shuib Sepahtu sering menjadi perhatian wargamaya tak kira dari segi kerjaya atau dalam mengikuti perkembangan keluarganya.

Shuib yang rajin memuat naik telatah anak-anaknya bersama allahyarham Siti Sarah Raissuddin di media sosial acap kali mencuit hati pengikut yang turut kagum melihat cara didikan pasangan sejoli itu.

Tak dinafikan anak-anak Shuib dan Sarah iaitu Uwas Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 7, mempunyai daya tarikan tersendiri dan sangat petah dalam berbicara.

Terkini, Shuib menampilkan anak-anaknya untuk sebuah program keluarga di TV3 berjudul Diary Daddy.

Namun begitu, Shuib menegaskan dia tidak mendorong anak-anaknya untuk terlibat dalam bidang seni.

“Wallahualam. Saya sebenarnya daripada dulu saya tak minat untuk benarkan anak-anak saya shooting, menyanyi ke, maksud saya menjadi seorang selebriti… Saya tak cenderung jika mereka ke arah itu,” katanya.

Tambah bekas penyampai Hot FM ini, anak-anaknya ada menunjukkan minat dalam bidang nyanyian dan komedi.

“Tapi, Talita ada beritahu saya dia nak menyanyi. Saya fikir balik kalau dia nak menyanyi, biarlah dia menyanyi hanya untuk saya jelah kot. Untuk famili.

“Matin ada bakat berlakon dan melawak. Tapi sama juga saya rasa saya tak cenderung anak-anak untuk mereka menjadi artis,” katanya ketika sidang media program Diari Daddy secara maya pada Selasa.

Rancangan Diari Daddy mengisahkan rutin harian keluarga Shuib, seorang pelawak dan usahawan terkenal bersama-sama dengan empat orang anak yang comel.

Ia juga memaparkan bagaimana Shuib membahagikan waktunya antara kerja dan anak-anak terutamanya merancang aktiviti harian mereka di bulan Ramadan termasuk memasak, aktivti di dalam dan luar rumah.

Program Diari Daddy boleh ditonton menerusi aplikasi YouTube TV3 pada setiap hari Sabtu jam 5.30 petang.

Pastinya keadaan menjadi riuh dan seronok dengan penglibatan anak-anak kesayangan Shuib.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 7 May 2018

Snapchat ‘Turun Padang’ Banteras Salah Guna Media Sosial!

Ini bermakna Snapchat bakal menyertai aplikasi lain seperti Instagram dan rangkaian sosial Google+ serta laman sosial pelopor dalam kumpulan itu iaitu YouTube, Microsoft, Twitter dan Facebook dalam ‘kod tata laku’ untuk melihat kandungan yang mencurigakan dalam masa 24 jam dan mengeluarkannya.

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Featured Tue, 27 May 2025

Puteri Balqis Pengsan Di Set Penggambaran, Pihak Pengurusan Tampil Mohon Maaf

Puteri Balqis bagaimanapun akan meneruskan kerja tertunggak selepas kembali pulih.

Featured Tue, 18 Apr 2023
Hiburan Mon, 27 Apr 2026

Persembahan Sentuh Hati Ramai , DSV Dedah Cik B Luah Segala Trauma Dikutuk Sejak Kecil 

DSV mendedahkan Cik B menjadi mangsa kecaman sejak kecil sehingga dirinya trauma. 

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Trending Wed, 29 Apr 2020
Featured Tue, 7 Mar 2023

[VIDEO] Baby Shima Ajak Amir Ahnaff Gelek, Netizen Suruh Lari!

Amboi Baby Shima cuba masuk line ke tu?

error: Content is protected !!