Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Fatin Nurain April 5, 2022 @ 4:57pm

“Rindu Dekat Anak Tu Lain…” – Harris Alif Kongsi Cabaran Selepas Bergelar Bapa

Setelah mendedahkan wajah dan nama anak baru-baru ini, pelakon Harris Alif atau berkongsi cabarannya selepas bergelar bapa.

Pemilik nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi, 23, yang juga merupakan suami kepada aktres Intan Ladyana ini lebih memahami perasaan seorang bapa selepas menimang cahaya mata.

“Bila dah ada anak ni, baru saya faham perasaan seorang bapa. Sebelum ni baru kahwin, tak ada anak lagi rasa lain. Bila dah ada anak, rasa sangat-sangat lain,” katanya.

Bapa kepada Evie Khadeeja ini turut berkongsi rasa rindu terhadap puteri kesayangannya ketika terpaksa bekerja di luar.

“Setiap kali rehat, saya akan Facetime dengan Intan untuk tengok baby, dapatkan update dan pesan untuk sentiasa update gambar dan video baby.

“Sebab rindu tu lain. Rindu dekat anak lain, rindu dekat isteri tu memang satu hal. Tapi dekat anak ni, kita punya perasaan dekat anak tu lain sebenarnya,” kata Harris.

Tambah Haris, tanggungjawabnya selepas memperolehi cahaya mata ini berbeza kerana beliau sering risau dengan keadaan anak dan isteri ketika berjauhan.

“Macam hari tu, dia kena pergi hospital, Intan nak hubungi saya pun tak boleh. So, benda tu akan kacau tapi saya cuba untuk adapt kan diri bila kat luar.

“Alhamdulillah, sekarang ni dah makin membesar, dah senang sikit,” kata Harris.

Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan anak pada 31 Januari 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jul 2019

Aisyah Aziz Lebih Layak?

Korang rasa siapa lagi layak?

Hiburan Wed, 31 Jan 2024
Featured Thu, 20 Oct 2022
FESYEN Thu, 6 Mar 2025

“Ziana Zain Mempunyai Portfolio Yang Panjang Bersama Kami” – Rizman Ruzaini

Ziana Zain memberikan respons positif dan menggemari koleksi yang dihasilkan.

Trending Sat, 8 May 2021

Semua Bazar Ramadan, Aidilfitri DiTUTUP Mulai Isnin

Semoga urusan para peniaga dipermudahkan

Events Wed, 18 Oct 2023

Kumpulan Fourtwnty Impi Berkolaborasi Dengan Yuna

Wow! Kalau Fourtwnty koloborasi dengan Yuna confirm 🔥🔥🔥

Trending Wed, 20 Oct 2021

“Mohon Agar Penyebaran Video Terbabit Dihentikan Serta Merta” – Isu Fauzi Nawawi & Raja Farah, Khir Rahman Minta Maaf Di IG

Terpalit dalam isu yang melibatkan Fauzi Nawawi dan Raja Farah, pelakon Khir Rahman tampil memohon maaf menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya. Rakaman sebuah program yang diacarakan oleh Khir bersama Shuk Sahar tular di laman […]

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Sufian Suhaimi Tak Balik Raya Dalam Aku Tak Kaya

Nak tahu macam mana Sufian Suhaimi tak balik raya, jangan lupa saksikan drama ni tau!

error: Content is protected !!