Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 6, 2022 @ 2:15pm

Dihenyak Netizen Akibat Isu Curang Tak Padan Dengan Muka, Shuk Sahar Akhirnya Bersuara – “Ramai Tak Faham Struggle..”

Kemelut rumah tangga yang melanda pelawak Shuk Sahar dan isterinya Rossa Sera seakan tidak berpenghujung dek kerana kontroversi masa lalu Shuk yang didakwa curang.

Acap kali dihenyak netizen atas tindakan itu, Shuk bagaimanapun mengakui dia tidak pernah melenting terhadap tohmahan netizen yang dilemparkan kepadanya selama ini.

“Saya sekali pun tak pernah melenting, aku terima guys.

“Orang kata Shuk curang, tak padan dengan muka, cuma nak korang fikir betul-betul life aku korang tak tahu story dia sepenuhnya, itu saja aku boleh cakap,” luahnya menerusi siaran langsung di TikTok.

Dalam pada itu, Shuk seakan berkata tiada sesiapa pun yang memahami kesusahan yang harus dilaluinya serta memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai atas kekhilafannya.

“Macam mana aku struggle, bila aku hilang semua macam mana aku try cari ruang.

“Mungkin kadang-kadang, silap aku nampak besar pada korang, aku minta maaf.

“Kalau rasa apa yang korang tengok tak suka di mata korang aku minta maaf,” katanya.

Shuk berkata dia tidak akan berkongsi perkara sebenar yang terjadi disebalik kisah rumah tangganya yang didakwa ‘bergolak’ di media sosial.

“Untuk cerita sebenar sepenuhnya tentang diri ini, aku tak nak cerita di media sosial.

“Biar orang betul-betul kenal je tahu. Aku minta maaf, kalau korang rasa tak best.

“Malah di bulan puasa ini juga aku ambik kesempatan maafkan korang,” katanya.

Terdahulu, satu video mengenai tindakan isterinya ke mahkamah menjadi tanda tanya netizen sama ada hubungan suami isteri ini masih bersatu ataupun tidak.

Untuk rekod, Serra dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 5 dan Assyifatu Aimi, 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Apr 2023
Featured Sat, 4 Mar 2023
Trending Tue, 28 Aug 2018

6 Absolutely True Signs That Merdeka is Near

You can count in Malaysia Day too at this rate.

Hiburan Fri, 15 Aug 2025

Sophia Albarakbah Bangkit Lawan Emosi, Terus Fokus Kerjaya Walau Dihentam Netizen

Sophia Albarakbah rasa tak selamat keluar berseorangan

Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Featured Mon, 17 Feb 2025

AJL39: Nyanyian Berjiwa, Marsha Milan Rampas Gelaran Juara AJL.. Jom Semak Keputusan Penuh!

Keputusan penilaian 10 buah lagu finalis AJL 39 kali ini dilakukan oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Edry Abdul Halim.

Featured Fri, 17 Aug 2018

6 Jenama Makeup Antarabangsa Yang Popular Dan Selalu Diciplak

Barangan makeup jenama luar negara dijual dengan harga yang sangat murah di pasar malam. Logik ke?

Kes Mahkamah Thu, 20 Jun 2024
error: Content is protected !!