Featured By: Maya Basir April 11, 2022 @ 11:55pm

“Saya Masih Tahu Jaga Batas, Tidaklah Terlalu Seksi Sehingga Tayangkan Lurah…” – Baby Shima Sering Terima Foto Lucah

Penyanyi Baby Shima atau nama penuhnya, Nor Ashimah Ramli, 30, sering menerima kecaman dan kiriman gambar lucah yang membuatkan dia terfikir untuk berhenti menggunakan media sosial.

Namun, Shima sentiasa berfikiran positif dan setiap apa yang dikongsi di media sosial miliknya hanya berkaitan dengan kerja sahaja.

“Apa yang saya kongsikan di media sosial semuanya berkaitan dengan kerja. Sedih juga ada sahaja nak kecam dan tak kurang juga sering menerima gambar lucah.

“Ada ketika membuatkan saya terfikir untuk berhenti dari sebarang aktiviti perkongsian di sosial media.

“Namun ini adalah kerja saya dan rasanya tidak perlu ambil peduli sangat dengan kata-kata yang boleh membuatkan saya rasa down,” katanya.

Baru-baru ini, Shima ada menerima gambar bogel seorang lelaki dan dia mendedahkan nama dan gambar lelaki itu.

Tambahnya lagi, dia bertindak sedemikian adalah untuk memberikan pengajaran kepada peminatnya untuk tidak melakukan perbuatan seperti itu dan kemudiannya dipadam olehnya.

“Kalau berani kirim gambar yang tidak senonoh, kenapa tak berani jawab atau munculkan diri apabila saya letakkan wajah sebenar individu itu di media sosial.

“Saya kongsikan gambar tersebut sebagai pengajaran, bukan hanya untuk diri sendiri malah untuk semua wanita diluar sana supaya lebih berhati-hati di media sosial,” jelasnya.

Selain itu, Shima tidak bersetuju semasa mengulas tentang pendapat netizen yang mengatakan dia berpenampilan seksi dan mengundang perhatian lelaki gatal.

Bagi pendapatnya, semua itu bergantung kepada pemikiran seseorang yang didorong oleh nafsu mereka sendiri.

“Saya masih tahu menjaga batas dan tidaklah terlalu seksi sehingga tayangkan lurah atau memakai skirt pendek.

“Pemikiran seseorang itu yang melampau dan menyebabkan penampilan saya dianggap seperti mudah menerima godaan lelaki sebegitu,” ujarnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Tue, 16 Aug 2022

Maya Karin Idam Jayakan Watak Mahsuri, Mahu Syamsul Yusof Jadi Pengarah… Ini Respons Empunya Diri

Wahh mesti best kalau filem Mahsuri bawah arahan Syamsul Yusof kan? Maya Karin pulak tu bawa watak Mahsuri.

Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Sat, 5 Mar 2022

Usaha Murni Suami Mira Filzah Dipuji, Aplikasi Tarteel Beri Kemudahan Untuk Menghafaz Ayat al-Quran

Alhamdulillah.. Semoga aplikasi ini dapat memberi manfaat buat kita semua ☺️

Featured Mon, 6 Dec 2021

“Mohon Doa Semua Ya”- Wani Kayrie Dijangkiti Covid-19

Dalam penyebaran wabak Covid-19 yang tidak pernah berhenti, tak mustahil untuk para penggiat seni dijangkiti Covid-19. Selepas pelakon Daiyan Trisha mengumumkan dia dijangkiti wabak terbabit, kini penyanyi Wani Kayrie pula mengumumkan dirinya positif Covid-19 menerusi […]

Trending Mon, 24 Jun 2019

‘Asia’s Fittest Party’ The Music Run Is Back On November. Don’t Miss Out!

Asia’s biggest fittest party is about to return, gear up and run in tunes!

Trending Tue, 27 Jun 2023
Featured Thu, 26 May 2022

“Janda Yang Paling…” – Bekas Kekasih Mahu Kahwini Sera

Haa ada yang dah bagi hint tu… agak-agak Shuk jealous tak? 😂