Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir April 12, 2022 @ 5:07pm

COVID-19: Dua Lagi Varian Baru Omicron Dikesan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan terdapat dua sub-varian baru Omicron COVID-19 yang lebih mudah merebak dan berpuluh kes sedang dikesan.

Penilaian sedang dibuat oleh agensi kesihatan PBB untuk memastikan sama ada dua sub-varian baru Omicron itu lebih menular atau berbahaya.

WHO berkata, dua sub-varian baru itu ialah BA.4 dan BA.5 iaitu varian bersaudara dengan varian BA.1 yang merupakan varian asal Omicron.

Pemantauan sedang dibuat bagi kedua-dua varian baru tersebut setelah varian BA.1 dan BA.2 mendominasi diperingkat global.

Tambah WHO, kajian perlu dilakukan untuk lebih mengetahui kesannya terhadap potensi risiko untuk terlepas daripada imunisasi.

Seperti yang sedia maklum, virus akan terus bermutasi sepanjang masa tetapi hanya beberapa yang akan memberi kesan terhadap keupayaan mereka untuk merebak, mengelak imuniti terdahulu hasil vaksinasi atau jangkitan, atau keterukan penyakit itu.

Misalnya, BA.2 yang kini mewakili 94 peratus daripada semua kes yang disenaraikan, maka ia lebih mudah berjangkit daripada adik beradiknya.

Namun, setakat ini bukti menunjukkan varian-varian itu tidak lebih berkemungkinan menyebabkan gejala yang teruk.

Menurut WHO, terdapat hanya beberapa puluh kes BA.4 dan BA.5 dilaporkan kepada pangkalan data GISAID global.

Agensi keselamatan Kesihatan United Kingdom berkata minggu lepas, BA.4 ditemui di Afrika Selatan, Denmark, Botswana, Scotland dan England dari 10 Januari hingga 30 Mac.

Setakat minggu lepas, kesemua kes BA.5 itu berada di Afrika Selatan, tetapi pada Isnin, Kementerian Kesihatan Botswana berkata empat kes BA.4 dan BA.5 telah dikenalpasti.

Kesemua kes tersebut adalah dalam kalangan individu berumur 30 hingga 50 tahun yang telah menerima vaksin sepenuhnya dan mengalami gejala ringan.

Sumber: Astro Awani

Kredit foto: Getty Images

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Thu, 14 May 2026

Scha Alyahya Tak Mahu Dijadikan Inspirasi, Akui Rumah Tangga Turut Diuji

Kata Scha, jika dahulu dia percaya komunikasi adalah jalan terbaik menyelesaikan konflik, namun kini pandangannya berubah selepas memahami karakter suaminya.

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Zizan Bakal Pindah Ke Indonesia?

Raffi Ahmad nampak kemampuan saya dan masa depan dalam industri perfileman di sana. Cayalah Zizan!

Hiburan Wed, 2 Aug 2023
Trending Sat, 13 Oct 2018

Rasa Terbeban Pakai Tudung? Gadis Ini ‘Dihentam’ Netizen Lepas Kongsi Pendapat

Pada pandangannya jika orang menggalakkan orang lain untuk memakai tudung, begitu juga dia yang ingin menggalakkan orang membuka tudung.

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

“Imranul Effendy Jadi Bukti Platform Digital Boleh Buka Jalan Bina Kerjaya” – Abd Rahman Soltan Fokus Ubah Masa Depan Content Creator

Kejayaan pempengaruh seperti Imranul Effendy yang kini melangkah lebih jauh dalam bidang seni menjadi bukti platform digital mampu membuka jalan kepada generasi muda membina kerjaya yang lebih besar.

Trending Fri, 29 Jan 2021
error: Content is protected !!