Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 14, 2022 @ 3:58pm

“Dia Tak Mabuk, Hukuman Tak Adil.. Ibu Bapa Cuai!” – Kes Basikal Lajak, Netizen Wujud Petisyen Desak Bebaskan Sam Ke Ting

Tragedi basikal lajak yang mengorbankan lapan nyawa membabitkan seorang jurujual, Sam Ke Ting mendapat perhatian ramai dan membangkitkan rasa kurang senang netizen.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dari tarikh sabitan dan denda RM6,000 jika ingkar enam bulan penjara setelah didapati bersalah memandu melulu menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak.

Susulan kes tersebut, nama Ke Ting menjadi perbualan hangat di serata media sosial dan wargamaya beranggapan wanita itu tidak bersalah dalam hal ini.

Sebaliknya, ibu bapa kepada lapan mangsa remaja tersebut juga perlu diambil tindakan kerana didapati cuai membiarkan anak-anak mereka berkeliaran di jalan raya pada jam 3 pagi.

Meninjau di ruangan media sosial Twitter, nama Ke Ting ‘trending’ nombor satu dek kerana ramai dalam kalangan netizen yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya serta menyeru agar wanita itu menuntut keadilan sewajarnya.

Menurut mereka, wanita itu tidak seharusnya menerima hukuman sebegitu kerana dia tidak melanggar sebarang undang-undang jalan raya iaitu tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon, memakai tali pinggang keledar dan dikatakan telah membawa kereta di bawah had laju yang ditetapkan.

Sementara itu, satu petisyen bertajuk ‘Bebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu #FreeSamKeTing’ dipercayai tular di serata media sosial untuk menuntut keadilan agar Ke Ting dibebaskan.

Petisyen tersebut kini telah meraih lebih 400,000 tanda tangan bersetuju untuk membebaskan wanita itu.

Dalam pada itu, peguam, Faizal Mokhtar yang mewakili wanita itu memohon doa daripada orang ramai untuk mendoakannya membawa kes langgar mati membabitkan Ke Ting dan lapan remaja itu dengan baik di Mahkamah Rayuan.

“Kami telah berbincang untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah. Semoga saya dapat menyediakan dokumen hari ini dan memfailkan rayuan esok,” katanya.

Artikel Berkaitan: Kes Langgar Mati 8 Remaja Berbasikal Lajak, Wanita Disabit Kesalahan Dihukum 6 Tahun Penjara & Denda RM6,000

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Wed, 5 Mar 2025
Hiburan Thu, 11 Apr 2019

‘Jangan Bandingkan Kami’- Amyra Rosli Ulas Kemenangan Janna Nick Di DFKL 2019

‘ Jangan bandingkan kami,’ demikian komen pelakon Amyra Rosli mengenai kemenangan Janna Nick dalam kategori Aktres Pilihan di Drama Festival Kuala Lumpur 2019, Ahad lalu. Pelakon drama Nur 2 ketika ditemui di majlis pembukaan pusat […]

Trending Mon, 3 Aug 2020
Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Dua Tahun Sendiri, Amelina Bakal Kahwin?

Amelina dan bekas suaminya, Reduan Mahmood bercerai pada tahun 2016 dan menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan enam cahaya mata.

error: Content is protected !!