Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 14, 2022 @ 4:44pm

Lebih 11 Tahun Syauqi Danial Simpan Hasrat Nak Jadi Penyanyi

Pendatang baru dalam industri muzik, Syauqi Danial mendedahkan dirinya menyimpan hasrat untuk bergelar penyanyi semenjak tahun 2011.

Menyertai pelbagai sesi uji bakat, akhirnya Syauqi berjaya menjadi juara program The Audition yang dianjurkan oleh Armani Entertainment Group (AEG) pada penghujung tahun lalu.

“Saya memang minat sangat-sangat nak melibatkan diri dalam bidang muzik, semenjak tahun 2011 lagi saya berniat untuk bergelar seorang penyanyi.

“Saya banyak hadiri uji bakat untuk merealisasikan impian saya. Akhirnya, AEG menjadi tempat saya berpijak untuk meneruskan bakat saya. Mereka mencungkil lagi bakat saya untuk memulakan langkah dalam bidang hiburan,” katanya.

Syauqi ditemui ketika majlis berbuka puasa anjuran AEG di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Syauqi, dia memilih AEG sebagai ‘platform’ untuk bergerak lebih jauh kerana dia percaya dengan kebolehan syarikat terbabit.

“Saya pilih AEG sebab saya percaya dari mereka menjaga saya dan ‘build-up’ saya dari bawah sampai ke atas sebab saya bukan bermula dari program realiti televisyen mana-mana, saya bermula daripada kosong.

“Kalau mereka (Armani Entertainment) percaya saya, saya kena lebih lagi percaya mereka,” ujarnya yang bakal muncul dengan single pertama berjudul Kekasih Simpananmu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 8 May 2020
Featured Tue, 27 Nov 2018
Hiburan Tue, 19 Aug 2025

“Tak Payah Nak Terkejut Sangat, Itu Kehidupan Dia” – Hot Daddy ‘Backup’ Zarina Anjoulie

Hot Daddy tampil pertahankan Anju didakwa buat content bersama

Featured Fri, 3 Jan 2025
Featured Wed, 24 Feb 2021

2.54 Juta Rakyat Terima Bayaran Fasa Pertama BPR Mulai Hari Ini

Alhamdulillah buat mereka yang dapat BPR!

error: Content is protected !!