Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 19, 2025 @ 2:28pm

“Tak Payah Nak Terkejut Sangat, Itu Kehidupan Dia” – Hot Daddy ‘Backup’ Zarina Anjoulie

Baru-baru ini, pelakon sensasi Zarina Anjoulie teruk menerima kritikan daripada netizen yang mendakwanya membuat ‘content’ video bersama individu dikenali sebagai Hot Daddy.

Susulan itu, menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Hot Daddy atau pemilik nama sebenar, Ikhwan Arif Zul Hasli tampil mempertahankan Zarina yang lebih mesra dikenali sebagai Anju.

“Tak payah nak kecewa sangat la korang. Anju kat Malaysia pun korang kutuk-kutuk juga, perangai itu ini la.

“Biar la dia dengan kehidupan dia. Bukan dia menyusahkan siapa-siapa pun.

“Dia pun tak kenal korang siapa, jadi tak perlu nak acah kecewa macam awak tu peminat fanatik sangat,” katanya.

Bagaimanapun, Anju tidak memberi sebarang respons berhubung isu tersebut, sebaliknya memuat naik video bersama Hot Daddy di IG miliknya.

Sebelum ini, Hot Daddy pernah berdepan tuduhan pada tahun 2024 kerana didakwa mengiklankan perkhidmatan persundalan di platform media sosial X serta menjual rakaman video berunsur tidak bermoral.

Namun, pada Disember 2024, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Hot Daddy bersama dua rakannya berhubung pertuduhan tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kritik Zarina Anjoulie, Didakwa Buat ‘Content’ Dengan Hot Daddy?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Apr 2021
Featured Thu, 13 Mar 2025

“Saya Tak Nak Kahwin Dah” – Mahu Fokus Jaga Anak, Ridzokumura Anggap Tiada Yang Layak Ganti Tempat Arwah Isteri

Pempengaruh dan usahawan popular, Ridzokumura menegaskan, Allahyarham isterinya, Akiko Okumura adalah seorang isteri dan ibu yang terbaik.

Trending Wed, 10 Nov 2021

“Jangan Tersepak Tersungkur Jatuh…” – Risau Penonton Gelak, Nam Ron Teruja Jadi Model Catwalk

Pelakon berbakat besar, Nam Ron, 52, meluahkan rasa teruja apabila pertama kali beraksi di pentas peragaan dalam acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2021 yang berlangsung pada Ahad lalu. Berpeluang memperagakan pakaian jenama Neonate Clothing […]

Featured Thu, 18 Dec 2025

Alami Sakit Pinggang Melampau, Nabila Huda Disahkan Slip Disc L5… Nekad Teruskan Show – “What To Do, I Love My Job”

Cemas dengan situasi tersebut, Abil mengambil keputusan menjalani pemeriksaan MRI.

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

八度空间15周年庆!艺人齐到孤老院「送」欢乐

八度空间15周年庆!艺人齐到孤老院为长者和小朋友们「送」欢乐,「颂」快乐。

Featured Fri, 19 Jul 2024
Featured Fri, 4 Oct 2024
error: Content is protected !!