Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 4, 2024 @ 8:39pm

Kodi Rasheed Mengaku Watak Antagonis & Psiko Beri Kesan Pada Kesihatan Mental… Dedah Tak Ambil Barang Terlarang

Walaupun seringkali membawakan watak antagonis dan psiko dikebanyakkan naskah lakonannya, pelakon Kodi Rasheed mengaku ia sesuatu yang mencabar.

Katanya kepada XTRA, watak antagonis yang dipertanggung jawabkan kepadanya itu sekaligus membuka peluang dan ruang untuk netizen memberi kata-kata makin kepadanya.

“Bagi saya semua watak mencabar, termasuklah antagonis dan baik. Dan bagi saya apa sahaja watak diberikan saya rasa semua tak senang sebab itu bukan diri kita… kena tukar body languange dan sebagainya.

“Bagi saya, kalau watak tu senang kena susahkan supaya orang di luar sana boleh rasa.

“Memang bila asyik bawa watak antagonis ni memang akan ada yang marah dan maki macam tu juga kalau bawa watak baik.

“Memang tak dapat dinafikan bila kerap sangat bawa watak antagonis, makian yang diterima tu memang bersepah. Paling teruk ada orang hantar ugutan, emoji yang bukan-bukan dan yang menyamakan saya dengan binatang,” katanya.

Mengaku penat dengan watak antagonis yang diberikan, Kodi tidak menafikan mahu membawakan semua watak dan mempelbagaikan karakternya dalam lakonan.

“Penat, sebenarnya semua watak penat tapi kita enjoy sebab kita minat dan jiwa kita memang nak berlakon. Dan kalau boleh saya nak bawa semua karakter.

“Lagi satu, penatnya adalah sebab saya ni selalu sangat bawa watak antagonis jadi saya ni takut buat benda yang sama termasuklah cara mempelbagaikan.

“Of course penat kalau saya dengar ada pelakon lain kata watak ni senang itu saya rasa best. Mesti dia pelakon bagus tapi kalau saya memang tak boleh. Sebab apa? sebab saya kena belajar,  akan buat research, baca skrip dan banyak lagi,” ulasnya.

Kodi berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, TV3 bagi tujuan mempromosikan drama rantaian terbaharunya berjudul, Salju Rindu Di Bumi Auckland.

Mengulas lanjut, Kodi mengakui bahawa watak antagonis yang dibawakannya turut meninggalkan kesan terhadap kesihatan mental selain menegaskan dia tidak oernah mengambil barang terlarang seperti yang didakwa.

“Pada awal-awal saya memang tak boleh control. Masa mula-mula saya start saya mengaku saya tak boleh kawal. Masa saya buat filem Mama pun saya shooting dalam 25 hari dan masa tu saya limitkan tidur saya tiga ke empat jam sahaja. Sebab nak bawa karakter tu.

“Saya ni, tak ambil barang terlarang, saya tak ambil alkohol… jadi macam mana saya nak bawa watak tu (dalam filem Mama). Saya nak kena bawa watak tu dah lah watak tu sangat-sangat susah reference nya pun sangat-sangat susah.

“Jadi, apa yang saya buat adalah, saya tidur satu hari maksudnya malam tu saya baru balik shooting, saya tidur tiga ke empat jam maksimum supaya besok pagi saya dapat eye bag dan lepastu bila matahari naik, saya dah pening dan rasa macam di awang-awangan tu so dapatlah saya maintain karakter tu. Lagipun karakter dalam tu kan hisap dadah dan psiko… jadi berjaya lah saya bawa watak tu.

“Memang benda tu akan effect saya dan family dekat rumah jadi memang susah nak buang dan ambil masa dalam sebulan macam tu tapi memang effect kesihatan dan mental.

“Tapi bila dah dapat teknik yang betul saya aplikasikan. Memang boleh pakai make up dan sebagainya tapi macam saya memang saya nak nampak natural.

“Macam filem Mama, makeup adalah ‘diharamkan’ untuk muka saya memang tak boleh kecuali touch up peluh, termasuklah penggunaan eye moist. Sakit tapi puas. Perasaan tu best,” ujarnya.

Drama penuh emosi ini berlatar belakangkan keindahan bumi Auckland ini turut dibintangi pelakon hebat seperti, Keith Foo, Riena Diana, Husna Mustafaa, Syamsul Ghau Ghau mengisahkan tentang kekeluargaan, cinta, dan juga penebusan. Drama ini merupakan hasil terbitan Global Station yang diarahkan oleh RizaBaharudin.

Saksikan Tonton Original Series: Salju Rindu di Bumi Auckland secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton setiap Isnin hingga Khamis, mulai 16 September 2024 hingga 31 Oktober.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 May 2019

Anita Baharom Sahkan Hidap SLE

Anita terus terbaring lemah selama dua minggu sehingga terpaksa dicampung suami untuk bergerak ke mana-mana kerana tubuhnya ‘lumpuh’ sepenuhnya.

Featured Fri, 12 Sep 2025

“Saya Adalah Wanita Yang Sangat Bersyukur & Paling Gembira Bila Fatima Di Sisi” – Fazura

Fazura bersyukur dan gembira dengan kasih sayang yang dimiliknya kini.

Trending Thu, 25 Aug 2022

Cecah RM100,000! Vespa Dior Milik Nabila Razali Jadi Tumpuan

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sekali lagi menjadi bualan netizen apabila muat naiknya mencuri perhatian apabila dikatakan telah membeli sebuah Vespa 946 Dior. Menerusi perkongsian Nabila di laman Instagram, dia memuat naik beberapa keping foto […]

Hiburan Wed, 25 Jun 2025
Hiburan Wed, 27 Aug 2025

Dari Busking Kini Seorang Juara! Jom Imbas Perjalanan Pemenang #XTRAXSTAR2024! Nantikan Musim Kedua Bermula September Ini

Pencarian bakat baharu XTRA XSTAR 2025 Musim Kedua akan berlangsung bermula September ini

Hiburan Thu, 9 Oct 2025

Sharifah Sakinah Hidupkan Watak Ibu Tiri Berilmu Hitam Dalam ‘Qifarah’

Sakinah menghidupkan watak Mawar, seorang ibu tiri yang menyimpan rahsia hitam

Events Wed, 11 Sep 2019

郭修彧没奖项压力!戴佩妮施「马来咒」为她解愁忘忧

出身自选秀节目《我要唱好歌》的Shio郭修彧到台湾发展已有四年,日前终于带着个人第二张创作专辑《盲点》回马宣传;相较于多年前的郭修彧,这趟回马的「表现」似乎来得更为自在。

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Tempoh 3 Hari Untuk Memadamkan Babak Bersentuhan Dalam Muzik Video

Apa sebenarnya yang terjadi diantara mereka berdua dan kenapa babak bersentuhan dalam video perlu dipadamkan ?

error: Content is protected !!