Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 14, 2018 @ 9:57am

Doa Fazura Mahu Anak Tarik Perhatian Ramai

Pelakon dan penyanyi Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura ada memuat naik sebuah status yang mencuri perhatian netizen, baru-baru ini.

Berlatar belakangkan Kaabah, Fazura menulis beliau cukup beruntung dipertemukan dengan adik angkatnya yang dikenali sebagai Siti Nur Syazwani Harun.

“ Subhanallah. cukup beruntung saya dipertemukan dengan adik angkat saya yang diperkenalkan oleh mama sebagai anak angkat nya sewaktu saya berada di Madinah baru-baru ini.

“ Wani merupakan adik saya yang sangat rajin berdoa lantas sering meminta titipan doa dari saya hampir setiap kali dia melangkah ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah,” tulis Fazura.

Dalam kepingan nota berkenaan, Fazura berdoa agar dikurniakan zuriat yang sempurna, rezeki buat dirinya dan suami untuk membantu keluarga dan orang yang memerlukan. Dalam masa, Fazura meminta agar dijauhkan daripada fitnah serta hasad dengki manusia.

“ Tatkala Wani mengirimkan titipan doa saya yang ditulis kali ini hati saya terlebih sayu. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT dan saya bermohon jika sudi anda semua mengaminkan juga doa-doa saya ini sempena solat Maghrib dan Isyak ini. Salam syukur, kasih dan sayang.

Buat Fazura, kami juga berdoa agar semua permintaan anda dimakbulkan dan urusan untuk mendapat cahaya mata dipermudahkan. Amin…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 28 Jun 2018

Jangan Bazir Makanan, Alam Flora Kutip 22,000 Tan Sisa Makanan!

Tabiat pembaziran semasa menghadiri majlis rumah terbuka dapat dielakkan sekiranya masyarakat mengamalkan konsep 5R iaitu Refuse (menolak), Reduce (mengurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula) dan Recovery (pemulihan/diperbaharui).

Hiburan Wed, 17 Jan 2024
Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Tue, 19 Nov 2019

2020农历新年倒数派对!多位知名艺人山上陪你过大年

2020鼠年春晚众星云集云星剧场,带来乐趣和动感十足的跨年演出!

Drama Sat, 30 May 2026

Rosyam Nor, Rita Rudaini, Sophia Albarakbah Bergabung! Kuasa, Wanita & Obsesi Jadi Taruhan ‘Jiwa Seorang Pentaksub’

Jiwa Seorang Pentaksub bakal menemui penonton bermula 1 Jun 2026 di slot Samarinda TV3.

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Ramai Puji Nampak Manis, Ibu Zahirah Macwilson Istiqamah Berhijab – “Semua Yang Baik Datang Dari-Nya”

Maslinda mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya di media sosial yang tidak henti menzahirkan ucapan doa

Featured Fri, 14 Oct 2022

Kedai Shuib Dilanggar Kereta SUV, Pemandu Dipercayai Tertekan Minyak

Aduh kesiannya.. Semoga dipermudahkan urusan kedua-dua belah pihak

error: Content is protected !!