Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 9, 2025 @ 12:15pm

Dikecam ‘Suami Tak Berguna’ Lepaskan Ardell Aryana Sertai Misi, Nadzmi Adhwa Tampil Bersuara

Pelakon dan usahawan, Nadzmi Adhwa meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir netizen mengkritiknya ‘suami tidak berguna’ gara-gara melepaskan isterinya, Ardell Aryana mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Menerusi siaran langsung tular disunting semula ke platform Threads, Nadzmi menjelaskan Ardell menyertai misi tersebut bagi memberi bantuan kepada rakyat Palestin, bukan untuk berperang.

“Kenapa semua nak marah saya bila Ardell pergi? Ada yang cakap saya bongok, tak pandai jaga isteri. Malah, ada yang hina saya tak ada telur sebab biarkan isteri pergi, bukan suami.

“Ardell bukan pergi berperang, dia cuma bawa bantuan. Tak ada senjata pun, kenapa perlu risau sampai kata saya suami teruk?” katanya.

Menurut Nadzmi, dia sendiri memberi dorongan kepada Ardell untuk menyertai misi itu selepas yakin dengan niat murni isterinya.

“Saya pesan pada Ardell, luruskan niat hanya untuk membantu. Kalau dapat pulang, Alhamdulillah. Kalau tidak, itu cerita kedua. Mereka yang pergi ini tak ada fikir kerja atau duit.. mereka hanya nampak Allah.

“Apa yang penting, dunia sedang memerhati. Kalau berlaku sesuatu pada kapal mereka, semua pasti akan tahu cepat. Itu penting Ardell dan Zizi ada di sana,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nadzmi menegaskan tidak semua orang mampu menyertai misi sebegini kerana menuntut komitmen masa, tenaga dan kewangan

“Bukan orang biasa tak boleh pergi, boleh tapi sediakan duit, masa dalam sebulan lebih. Ada setengah orang tak boleh tinggalkan keluarga.

“Alhamdulillah saya dan Ardell dikurniakan rezeki lebih sedikit. Dia pergi misi kemanusiaan, tapi saya boleh meneruskan perniagaan cari rezeki untuk anak-anak. Duit lebih ada dia boleh salurkan untuk bantuan,” tuturnya lagi.

 

View on Threads

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 9 Jun 2023

#BabyXTRA: Mengidam Ais Krim Istanbul, Boleh ‘Transfer’ Sakit Kepala Pada Suami… Wany Hasrita Buat Persiapan Jadi Ibu

Bulan 7 ni Wany nak bersalin dahh 🥰 Semoga dipermudahkan segalanyaa ❤️❤️

Trending Mon, 1 Jun 2020

PKPB: Rentas Negeri Bersyarat Dibenarkan Mulai Hari Ini

Korang dah tahu ke apa syarat-syaratnya?

Featured Thu, 1 Dec 2022
Featured Wed, 31 Jan 2024

Heboh Gosip Mawar Karim Dah Berkahwin? Fizo Omar Tumpang Gembira – “Saya Ada Dengar, Tapi Selebihnya Tanya Dia”

“Tidak sesuai untuk saya bercakap tentang hal itu kerana saya hanya bekas suami” – Fizo Omar

Hiburan Tue, 26 Mar 2024

Alami Pendarahan Tak Berhenti, Vivy Yusof Keguguran Anak Ke-5

Allahuakbar, semoga Vivy sekeluarga tabah 😢

Trending Tue, 14 Apr 2020
Hiburan Tue, 4 Jul 2023
error: Content is protected !!