Euforia Bola 2026
Selebriti By: Fatin Nurain April 20, 2022 @ 6:05pm

Setahun Fokus Jaga Anak, Faye Kusairi Kembali Aktif Berlakon

Berdepan dengan penyakit Bell Palsy pada akhir 2020 ketika hamil dan kemudiannya melahirkan anak kedua seminggu selepas itu, pelakon Faye Kusairi kembali aktif di set penggambaran pada tahun 2022.

Fokus rehat selama setahun untuk menjaga anak, Faye mendedahkan dia banyak menolak tawaran bermula hujung 2020 sehingga tahun lalu.

“Saya baru ‘shooting’ semula tahun ini. Setahun saya memang rehat dari kerja kerana nak fokus pada anak. Bila anak dah umur setahun, senang sikit saya nak bekerja semula.

“Banyak juga tawaran dari hujung 2020 hingga tahun lalu semuanya terpaksa ditolak kerana saya nak bersalin, selain kena Bell Palsy.

“Itu belum termasuk bayi ‘melekat’ dengan saya dan risaukan Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadinya, tahun ini baru saya dapat ‘shooting’ semula,” katanya.

Selain itu, pelakon 7 Hari Mencintaiku 3 itu turut berkongsi kebanyakan drama lakonannya ditayangkan pada bulan Ramadan ini.

“Bermula Januari lalu, saya terus ‘shooting’ sampai sekarang. Awal Ramadan lalu saya tampil dengan telefilem Adik Kakak di TV3 diikuti dengan Do You Love Me Captain dan sekarang 7 Hari Mencintaiku 3 di TV3.

“Dah rezeki saya semua drama keluar bulan Ramadan. Semua drama ini sebenarnya dipersetujui sejak tahun lalu. Cuma 7 Hari Mencintaiku 3 sahaja dipersetujui pada 2020 kalau tak silap saya.

“Alhamdulillah selepas raya saya mulakan drama baharu dengan Creative Skill Solution untuk TV9. Nak kata jadual terlampau padat itu tidak, tapi kira okeylah. Apabila dapat cuti, saya memang peruntukan untuk keluarga,” katanya.

Namun, Faye turut meluahkan rasa bersyukurnya apabila dapat membawakan watak berbeza seperti Syakila dalam 7 Hari Mencintaiku dan Harlina (Do You Love Me Captain).

“Alhamdulillah, dapat membawakan kedua-dua watak ini. Namun, rasa kekok sebab saya tak berapa yakin bawa watak komedi. Saya tak rasa saya seorang yang pandai hiburkan penonton melalui komedi.

“Namun, saya sebenarnya sukakan watak cacat dalam Adik Kakak kerana jarang dapat watak mendalam sebegitu. Sebagai Syakila dalam 7 Hari Mencintaiku, memang ramai yang geram dengan dia.

“Jadi, musim ini penonton nak dan jangka Syakila bertaubat dan baik. Memang majoriti teruja dengan semua watak dalam drama ini dan saya sangat berterima kasih terbabit dari musim pertama sehingga terbaharu,” katanya.

Sebelum ini, Faye pernah diuji dengan masalah Bell Palsy pada akhir 2020 hingga menyebabkan sebahagian wajahnya lumpuh ketika mengandung.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 3 Mar 2021
Hiburan Wed, 29 May 2024
Featured Thu, 14 Apr 2022

#JusticeForBella: Saksi Ke-5 Dedah Bella Didera Setiap Malam Pada Setiap Hari Selama 4 Bulan

Allahuakbar, kesian Bella.. Cepatlah selesai isu ni #JusticeForBella

Hiburan Tue, 30 Dec 2025

Kalah Kerana Stamina, Adam Lee Akui Alif Muhaimin Lebih Bersedia

Pelakon Adam Lee tetap berbangga dengan pencapaiannya meskipun tewas kepada aktor Alif Muhaimin dalam perlawanan Fury Redemption yang berlangsung pada Ahad. Adam mengakui kekurangan stamina menjadi punca utama kekalahannya, lebih-lebih lagi apabila berdepan lawan yang […]

Trending Tue, 29 Jan 2019

Lebih ONG Dengan CJ WOW SHOP

Semestinya WOW bersama CJ WOW SHOP!

Trending Thu, 14 Jan 2021

Ibu Neelofa Batalkan Permohonan Untuk Trademark Daging Harimau Menangis

Semoga selepas ini kita dapat sentiasa belajar daripada kesilapan ❤️

Featured Thu, 6 Jul 2023

“Kalau Bin*t*ng Memang Tak Pandai Baca”- Dituduh Riyak & Berlagak, Ryzal Ibrahim Tampil Beri Respons Padu

Kena lagi!!! Bertabahlah Ryzal. Mogalepasni netizen makin bijak hendaknya🤔

error: Content is protected !!