Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 21, 2022 @ 5:52am

300 Asnaf Diraikan Di Majlis Amal Maghfirah… Johan As’ari, Fedtri Yahya, Azmi Saat Turun Padang Santuni Anak Yatim, Tahfiz, OKU & Asnaf

Buat julung kalinya, Yayasan Maghfirah mengadakan Majlis Amal Maghfirah yang merupakan majlis berbuka puasa secara besar-besaran dengan menjemput 300 orang anak yatim, pelajar tahfiz, orang kelainan upaya dan anak-anak asnaf tajaan kelas Sahabat Al-Quran Yayasan Maghfirah.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah selebriti tempatan antaranya Johan As’ari dan Imam Muda Najdi manakala duta Yayasan Maghfirah, Fedtri Yahya, Azmi Saat, Ustaz Adnin Roslan, dan Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi juga turut turun padang bagi meraikan mereka dalam majlis yang diadakan pada Sabtu.

Objektif utama Majlis Amal Maghfirah ini diadakan adalah untuk meraikan mereka disamping ingin memberikan mereka peluang merasai kemeriahan bulan Ramadan dengan juadah berbuka puasa yang sedikit berbeza daripada hari-hari biasa.

“Majlis Amal Maghfirah dimulakan seawal 3 petang dengan sesi pembukaan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Firdaus yang merupakan OKU cacat penglihatan dengan menggunakan Al-Quran Braille dan persembahan bercerita oleh anak asnaf pelajar tajaan Kelas Sahabat Al-Quran Yayasan Maghfirah.

“Seterusnya, majlis iftar pada belah malam pula dirasmikan oleh Datuk Ts Dr. Hj. Amirudin Bin Amir Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan sangat lancar,” kata Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah, Muhammad Shuib Noruddin.

Selain itu, Yayasan Maghfirah juga turut melancarkan projek terbaru iaitu Pusat Latihan Dakwah Yayasan Maghfirah yang akan dibangunkan di Lenggeng, Negeri Sembilan

“Pusat Latihan dakwah ini bertujuan melahirkan lebih ramai pendakwah mahir dalam segenap lapisan masyarakat, dan juga sukarelawan mahir dan terlatih yang akan terus bersama Yayasan Maghfirah membina dan menyantuni masyarakat di luar sana.

“Melalui projek ini, Yayasan Maghfirah menyasarkan dana sebanyak RM 12 juta bagi perlaksanaan projek fasa pertama sehingga hujung tahun 2023. Semoga segala usaha dan perancangan ini mendapat keberkatan Allah,” katanya lagi.

Untuk menyumbang boleh disalurkan melalui akaun bank Maybank 562263552802 atau lebih mudah melalui website yayasanmaghfirah.org atau hubungi 011-6400 1649 untuk info lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 May 2025

“Kalau Wanita Fail Cerai Mesti Ada Sebabnya” – Zehra Zambri 

Zehra Zamri menolak dakwaan kononnya wanita mudah memfailkan penceraian.

Featured Sun, 4 Sep 2022
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Filem Sun, 28 Aug 2022
Hiburan Fri, 10 Dec 2021

Roh Diangkat Sebagai Filem Terbaik, Sangkar Raih 5 Trofi – Ini Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia 31

Acara kemuncak industri filem Malaysia, Festival Filem Malaysia (FFM) ke-31 diadakan sebentar dengan konsep norma baharu dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Berlangsung di Dewan Plenary, Pusat […]

Hiburan Wed, 26 Feb 2025

Imran Bard Mengaku Khilaf, Tampil Mohon Maaf Pada Ellie Suriaty

Imran mengaku bertanggungjawab sepenuhnya diatas khilaf yang berlaku.

error: Content is protected !!