Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 21, 2022 @ 4:44pm

Warga OKU Malaysia Dihukum Gantung 27 April Ini Di Singapura

Seorang warga Orang Kurang Upaya (OKU) rakyat Malaysia bernama Nagaenthran K Dharmalingan dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 27 April ini atas sabit kesalahan menyeludup dadah ke negara Singapura.

Memetik laporan Berita Harian, difahamkan tertuduh telahpun membuat rayuan untuk menangguh hukuman namun Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan tersebut dan mengekalkan pelaksanaan hukuman mati terhadapnya.

Nagaenthran yang kini berusia 34 tahun ditahan oleh pihak berkuasa Singapura 13 tahun lalu pada 22 April 2009 ketika berusia 21 tahun atas kesalahan menyeludup dadah jenis heroin seberat 42.72 gram di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Kejadian tersebut berlaku ketika tertuduh cuba untuk melintasi sempadan Malaysia dan Singapura. Tertuduh ketika itu mengikat dadah di paha kirinya.

Proses hukuman mengambil masa yang sedikit lama kerana hukumannya pada November 2010 ditangguhkan susulan beberapa perubahan yang dilakukan terhadap undang-undang negara Singapura.

Mahkamah Singapura menolak hujah yang dikemukakan oleh peguam tertuduh bahawa dia harus dikecualikan kerana kurang upaya dan mengalami sakit mental.

Tambah peguamnnya, tertuduh mengalami kecacatan intelek ringan kerana IQnya difahamkan lebih rendah daripada purata iaitu 69.

Difahamkan proses rayuan melalui mahkamah sudah dibuat sehingga peringkat akhir menerusi ketua negara Singapura, Pengampunan Presiden Singapura namun bagaimanapun permohonan itu ditolak secara rasmi pada 1 Jun 2020, lapor Datuk Saifuddin Abdullah.

Berita menyayat hati ini merobek hati ahli keluarga tertuduh yang menyeru anaknya itu diselamatkan.

M.Ravi, yang merupakan peguam hak assasi manusia Singapura dan juga peguambela mewakili tertuduh berkata hanya satu pilihan yang ada untuk menyelamatkan Nagaenthran iaitu pihak kerajaan Malaysia perlu merujuk kes berkenaan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Sumber: Berita Harian/Malaysia Kini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Dec 2023
Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] Berada Dalam Studio Bersama, Agnez Mo & Justin Timberlake Bakal Berduet? 

Wowwww! Agnez Mo nak keluar lagu duet baru dengan Justin Timberlake ke? Fuhhh mantappp 🤩🤩🤩

Featured Thu, 17 Oct 2024

Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Tayang Bunga Lama?

Hmmmm… betul ke ni. So, acah je lah ni pakai bunga yang sedia ada👀

Featured Fri, 10 Mar 2023

“Dia Dimaki & Dipijak Seperti Tiada Maruah!” – Berang Anak Ditindas, Ibu Shuib Dedah Perkara Sebenar 

Hmmm… pasti akan ada dua sisi cerita yang berbeza, apapun jangan terus menghukum ok guys 🫶🏻

Hiburan Sat, 18 Oct 2025
Trending Tue, 16 Mar 2021

Malaysia Dijangka Jadi Negara Berpendapatan Tinggi – Menteri Kewangan

Diharap ianya menjadi kenyataan demi negara & rakyat

Hiburan Wed, 28 Jun 2023

Heboh Berita Telah Meninggal Dunia, Farahdhiya Mohon Berhenti Permainkan Isu Kematian

Allahuakbar, terkejut min! Dah jadi trend ke sekarang ni 🥵

error: Content is protected !!