Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 21, 2022 @ 5:28pm

Lagu Raya ‘Seikhlas Hati’ Kekal Identiti SOG x Shila Amzah, Siap Ada Screamo Lagi! – “Kami Harap Part Chorus Akan Sampai Ke Hati..”

Kemenangan kumpulan SOG dan Shila Amzah yang menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL 36) yang lalu memberi impak yang besar sehingga berjaya membuka mata peminat muzik tanah air.

Kejayaan mereka sekaligus meletakkan satu ‘benchmark’ kepada muzik indie yang semakin berkembang seiring dengan muzik-muzik ‘mainstream’ yang ada.

Sempena kemenangan mereka, Media Prima mengambil langkah dengan bekerjasama bersama SOG dan juga Shila dalam menerbitkan sebuah lagu baharu yang menjadi lagu tema untuk raya tahun ini.

Lagu ini dicipta oleh Raja Nazmin Shah manakala liriknya pula dicipta oleh Shila sendiri dan lagu ini dinyanyikan mereka.

Menurut Shila, perkara penting yang ingin disampaikannya dalam lagu tersebut ialah bahagian korus yang dibawakan oleh Riko, salah seorang penyanyi SOG.

Menurut SOG pula, mereka bersyukur diberi kebebasan 100 peratus untuk menghasilkan lagu raya bersama Media Prima dan dibenarkan untuk mengekalkan identiti tersendiri.

“Kami hanya wajib untuk meletakkan lirik tema ‘Seikhlas Hati’ dalam lagu, yang lain semuanya bebas.

“Kudos kepada TV3 kerana masa meeting, pihak produksi kata kami diberi peluang untuk kekalkan identiti kami sebagai sebuah band Indie,” kata salah seorang ahli SOG.

Ditanya mengenai perancangan lagu selepas memenangi AJL 36, Shila dan SOG mengakui mereka mempunyai idea untuk menyambung kolaborasi namun tidak menyangka selepas Pelukan Angkasa, mereka terus bekerjasama dalam sebuah lagu raya.

“Kami ada plan untuk rekod single bersama selepas menang AJL, cuma kami tak pernah terfikir lagu seterusnya itu akan menjadi lagu raya.

“Tapi kami bersyukur perkara ini terjadi. Untuk kami kadang kala perkara yang tidak disangka terjadi itu ada hikmahnya,” kata Shila.

Seiring dengan tema kempen Ramadan dan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu #SeikhlasHati, lagu yang dicipta ini juga menggunakan tajuk yang sama iaitu ’Seikhlas Hati’.

Menerusi lirik lagu ini juga, ia mengajak kita untuk saling bermaafan dan di kesempatan untuk kita terus memberi dengan seikhlas hati.

Pastinya masih lagi mengekalkan genre muzik SOG yang sama, lagu raya ini benar-benar memberi kelainan jika dibandingkan dengan lagu raya yang sedia ada.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Jun 2022
Hiburan Fri, 4 Oct 2024

Individu Dakwa Gangguan Makhkuk Halus Berpunca Daripada Simpan ‘Benda’, Zara Zya Tampil Bersuara!

Allahuakbar, tak baik la nak fitnah orang sampai macam tu sekali 🥹

Hiburan Sun, 17 Jun 2018

Berdepan Masalah Kemurungan, Haqiem Rusli Dah Nak Bersara?

Sementara itu, Haqiem juga memberitahu buat masa kini dia berehat menggunakan media sosial selain kemungkinan akan membuat persembahan terakhir pada 24 Jun depan di Ipoh, Perak.

Featured Tue, 22 Jun 2021

Bantuan Kepada M40- Pensyarah Ekonomi

Kerajaan dicadang memperluaskan bantuan kepada golongan M40 dalam fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Menurut Pensyarah Kanan Putra Business School, Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff, beberapa inisiatif jangka masa panjang boleh diambil dalam […]

Hiburan Tue, 29 Oct 2024

Tak Baca Komen Kecaman Busana Miss Universe Malaysia 2024, Ezuwan Ismail Terus Optimis Beri Hasil Kerja Terbaik

Ezuwan Ismail tak baca komen buruk mengenai busana rekaannya untuk Sandra Lim, Miss Universe Malaysia 2024.

Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Jerebu Oh Jerebu…Zed Zaidi ‘Hentam’ Menteri?

Susulan masalah jerebu yang semakin menyesakkan nafas, pelakon Zed Zaidi terpanggil untuk meluah perasaan mengenai isu ini. Bingung dengan situasi sekarang, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) ini menyelar pihak Kementerian Pendidikan yang masih belum mengeluarkan […]

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Sat, 13 Dec 2025
error: Content is protected !!