Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 23, 2022 @ 4:18pm

JPN Sedia Bantu Isu Anak Halim Othman Berbinti ‘Abdullah’

Susulan pendedahan Myra Natasha Abdullah yang tidak berbintikan nama kepada kepada pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan sedia memberi bantuan sekiranya Halim berhasrat untuk menyelesaikan isu tersebut.

Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata Halim, 56 hanya perlu hadir ke ibu pejabat JPN di cawangan Putrajaya bersama dokumen berkaitan hubungan mereka untuk memudahkan urusan pihak JPN menentukan kaedah terbaik menangani isu itu.

“Di peringkat JPN, kita tidak tahu dokumen apa mereka ada dan perlu semak semua dulu, baru kita boleh bantu. Misalnya jika ada sijil perkahwinan di Thailand sila bawa bersama. Jika ada dokumen itu, kita boleh buat pengesahan dan sebagainya. Insya-Allah kita lihat apa yang boleh dibantu.

“Jadi kita minta beliau datang ke JPN Putrajaya bagi memudahkan kita beri khidmat nasihat dan bantu apa yang sepatutnya,” katanya.

Terdahulu, Myra Nastasya tampil mendedahkan bahawa dia adalah anak tunggal kepada Halim.

Difahamkan ibu bapa Myra berkahwin di Thailand pada tahun 1994 dan berpisah juga di sana pada 1998.

Dek kerana perkahwinan ibu bapanya tidak didaftarkan di Malaysia, justeru perkara tersebut merumitkan namanya untuk ‘berbintikan’ bapanya, Halim.

Dalam pada itu, Ruslin berkata pihak JPN sedia memberi khidmat nasihat kepada warga Malaysia yang memerlukan perkhidmatan seperti isu membabitkan kelahiran, kematian, kewarganegaraan dan pendaftaran kes rumit.

“Syaratnya bawa dokumen yang ada, jika datang tanpa dokumen apa boleh kita bantu?

“Hasrat kerajaan di bawah Keluarga Malaysia adalah memastikan semua rakyat yang layak mendapat dokumen pengenalan diri akan diberikan dokumen. Kita tidak mahu mereka tercicir, sekali gus tidak dapat menikmati kemudahan sebagai rakyat Malaysia terutama dalam kalangan Orang Asli,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Sukar Untuk ‘Bintikan’ Nama Bapa Kerana…” – Anak Halim Othman Jelaskan Sebab Namanya Berbintikan Abdullah

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Mar 2021
Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Tidak Mahu Ulang Kesilapan, Maya Karin Makin Memilih

Walaupun namanya agak tidak menonjol beberapa tahun ini namun, pelakon cantik ini mengakui dirinya kini semakin memilih sebelum menerima mana-mana tawaran lakonan walaupun bayarannya cukup lumayan.

Events Sun, 17 Nov 2019

「呷饱不?」成草蜢与歌迷暗号?云顶开唱笑声不断

时隔一年,风靡90年代的香港男团草蜢再度来到云顶开唱!三子卖力演出,全程不停地大抛笑料,让在场近5200名歌迷不断热情回应。

Featured Mon, 19 May 2025

Suami Rahimah Rahim Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Berita duka itu dikongsi sendiri oleh Rahimah menerusi hantaran di Facebook (FB) miliknya.

error: Content is protected !!