Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir April 25, 2022 @ 10:59pm

Kes Kedua Penyakit Anjing Gila Melibatkan Lelaki Warga Emas

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan seorang lagi lelaki warga emas dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies di daerah Kuala Langat pada 22 April lalu.

Setakat ini, ini merupakan kes kedua yang berlaku di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, kes terbaru ini melibatkan lelaki warga emas yang berumur 85 tahun yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada 20 April lalu.

Menurut Dr Sha’ari, sebelum dimasukkan ke HTAR, mangsa terlebih dahulu dirujuk ke Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang kerana masalah anemia (pucat).

Lelaki warga emas itu merupakan seorang yang aktif dan mampu menguruskan diri sendiri namun, ahli keluarga mangsa mendapati bahawa beliau telah berubah tingkah lakunya.

“Pemeriksaan mendapati beliau mempunyai luka di kaki kanannya yang tidak sembuh sejak dua bulan yang lalu. Sejak dua minggu lalu juga, beliau turut mengadu sakit kepala dan hilang selera makan.

“Beliau turut mempunyai sejarah digigit anjing liar di kawasan kediamannya di Pulau Carey dua bulan lalu,” katanya menerusi Facebook rasmi JKNS.

Tambah Dr Sha’ari, pada 22 April mangsa disahkan positif rabies oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) selepas sampel cecair tulang belakang (CSF) dan biopsi nukal mangsa dilakukan.

Mangsa kini berada di dalam keadaan yang stabil dan masih dirawat di wad isolasi HTAR.

Sebelum ini, pada 10 April, JKNS memaklumkan satu kes kematian seorang lelaki yang disahkankan dijangkiti penyakit anjing gila pada 4 April.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Dec 2025

“Saya Nak Stabil Sebelum Nikah” – Hasrat Kahwin Umur 30 Tahun Tak Kesampaian, Syahir Shafein Fokus Kerjaya

Syahir Shafein terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin pada usia 30 tahun dan akur jodohnya masih belum tiba.

Hiburan Mon, 15 Sep 2025

“Mungkin Sebab Terlalu Rindu” – Fattah Amin Ulas Momen Fatima Enggan Berenggang, Bersyukur Amira Othman Sangat Memahami

Alhamdulillah! Apa yang penting, majlis nikah Fattah Amin & Amira Othman berjalan lancar!

Trending Sun, 19 May 2019

Anak Minta Henti Sebar Gambar Ibu Kemalangan

“Tolong Delete Atau Segera Hapuskan Gambar Mami”,

Selebriti Mon, 9 Oct 2023
Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Rai Hari Jadi Tanpa Boyfriend, Selena Gomez Guna ‘Plan B’

Tiru macam Selena…No boyfriend? No problem!

Hiburan Tue, 24 Mar 2026

Tiada Gambar Raya Bersama, Saling ‘Unfollow’ Di Media Sosial… Rumah Tangga Julia Farhana & Dr Che Hafiz Didakwa Bergolak?

Julia dan Dr Che Hafiz didakwa sudah tidak saling mengikuti satu sama lain di Instagram

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Sheila Majid Bengang Dituduh Bakal Bersara

Penyanyi terkenal ini juga seolah-olah memberi bayangan mahu menyaman pihak tidak bertanggungjawab itu.

Hiburan Sat, 30 Jun 2018

Pelakon Popular Ini Bakal Dapat Anak Kembar Di Usia 44!

Tahniah! Akhirnya penantian pelakon popular ini bakal berakhir. Khabarnya kembar lagi. Auwww, mesti comel kan?

error: Content is protected !!