Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 15, 2025 @ 6:05pm

“Mungkin Sebab Terlalu Rindu” – Fattah Amin Ulas Momen Fatima Enggan Berenggang, Bersyukur Amira Othman Sangat Memahami

Pelakon Fattah Amin menyifatkan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya berkemungkinan terlalu rindu dengan dirinya sehingga tidak mahu berenggang ketika majlis akad nikah yang berlangsung semalam.

Bergelar suami kepada penyanyi Amira Othman dalam majlis yang berlangsung di Sepang, malam tadi, Fattah tidak menyangka Fatima enggan berjauhan selepas berjumpa ketika keluar dari dewan untuk menunaikan solat sunat.

“Ya betul, Fatima tak mahu lepaskan saya. Sebab kebetulan dia pun tengok daddy dia hilang, sebab masa itu dia pergi ke belakang. Mungkin juga dia rindu.

“Jadi bila dia nampak saya, dia terus peluk. Kita pun tak sangka ingat bila dia dah peluk, dia nak lepas. Rupanya dia tak lepaskan Tapi, itulah mungkin dia rindulah.

“Saya pun sentiasa rindukan dia. Tapi Alhamdulillah, Amira seorang yang boleh terima dan dia (Amira) memang sangat memahami,” katanya.

Tambah Fattah, keputusan untuk membawa Fatima naik bersama ke atas pelamin atas persetujuan Amira.

“Macam tadi pun (semalam) dia (Fatima) tak tahu sama ada dia nak lepaskan saya atau tidak, tapi bila Amira angguk itu yang saya bawa juga.

“Masa ‘rehearsal’ kita tak macam itu (Fatima tak nak lepaskan Fattah). Tapi, semuanya berlaku sudah ditakdirkan macam itu.

“Apa yang penting, Amira gembira dan Fatima pun gembira, itu sudah cukup dah,” katanya.

Terdahulu, Fattah dan Amira selamat diijakbulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Sepang, Selangor, pada malam Ahad.

Dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Fattah dan Amira sah menjadi pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

Mulai 19 September, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam, saksikan Setulus Takdir: Fattah Amira untuk mengikuti perkembangan terbaru kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Unifi TV akan menyiarkan liputan eksklusif majlis akad nikah, bulan madu, aktiviti kebajikan dan banyak lagi. Semua ini eksklusif di saluran Inspirasi, di Unifi TV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Jom Throwback Senarai Juara Lagu 2010-2014!

Jom kami kasi throwback sikit…

Featured Sun, 20 Feb 2022
Trending Mon, 12 Apr 2021
Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Ramai Yang Puji Di Media Sosial, Warner Bros Ucap Terima Kasih

Filem Joker Kini Jadi Filem Nombor 1 Di Malaysia

Featured Wed, 12 Mar 2025

Ridzokumura Kongsi Sky Mimpi Arwah Ibu, Hantar Pesanan Mahu Pergi Selama-Lamanya – “Sedih Dengar Dia Cerita Tadi”

Ridzokumura mencuri perhatian selepas berkongsi keadaan terkini anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura.

Hiburan Fri, 24 May 2019

华巫演员同台飈戏!林奕廷紧张得辗转难眠

八度空间国庆日特备电视电影《当时明月在》华巫演员同台飈戏,「视后」林奕廷紧张得辗转难眠,直呼“心慌慌~”

Hiburan Wed, 20 Nov 2019
error: Content is protected !!