Trending By: Padin April 27, 2022 @ 2:35pm

Wah, Sedapnya Resepi IDEAL-Fitri Bersama Anis Nabilah & Nik Michael! Kalau Tak IDEAL, Tak Best!

Menambahkan santan ke dalam masakan sememangnya adalah satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia. Tapi ada sesetengah orang yang tak nak gunakan santan sebab nak jaga kesihatan mereka.

Tapi nak ganti dengan apa pulak eh? Mestilah nak rasa yang berlemak dan berkrim sama dengan santan tapi nak yang lagi murah dari cooking cream dan yang mudah untuk didapati.

Ha, pengganti yang paling ideal mestilah susu sejat penuh krim IDEAL®!

Pilihan Ideal Chef-Chef Selebriti

Anda tahu tak yang sebenarnya, ada banyak resipi yang anda boleh cuba sendiri di rumah menggunakan susu sejat. Nak lagi sedap? Guna je susu sejat penuh krim IDEAL® dari F&N yang kaya dengan vitamin A dan D3 ni! Confirm masakkan anda lebih lemak berkrim dan lebih sihat!

Sebenarnya ramai chef-chef selebriti yang menggantikan santan dengan susu sejat penuh krim IDEAL® dalam masakan mereka. Samalah macam Chef Anis Nabilah dan Chef Nik Michael.

Jom tengok apa yang mereka masak menggunakan resipi mereka yang menggunakan susu sejat penuh krim IDEAL® ni! Mesti anda terkejut tengok resipi yang dikongsikan, tak terfikir langsung weh!

Ketam Sumbat Bakar dengan Sos Buttermilk

Bahan-bahan:

• 700 gram isi ketam
• Daun ketumbar yang dihiris halus
• 2 tangkai cili merah dihiris halus
• 8 ulas bawang putih dicincang halus
• 4 biji telur
• 2 sudu susu sejat penuh krim IDEAL®
• 1 sudu tepung jagung
• 1/2 sudu teh lada putih
• 1 sudu teh garam
• 8 keping kraker gandum dihancurkan
• 5 kulit ketam yang dibersihkan
• Unsalted butter

Bahan Sos Buttermilk:

• 5 sudu mentega
• 10 ulas bawang putih dicincang halus
• 5 tangkai cili padi merah dihiris halus
• 2 tangkai daun kari
• 1 tin susu sejat penuh krim IDEAL®
• 1 sudu tepung jagung
• 1/4 cawan air
• Gula, garam dan lada putih secukup rasa
• Bawang dan cili untuk hiasan

Tonton video di sini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anis Nabilah (@anis_nabilah)

• Pukul telur dengan tepung jagung
• Tambahkan bawang putih, cili, daun ketumbar, garam dan lada
• Tambahkan isi ketam dan gaul rata
• Sudukan isi ketam ke dalam kulit ketam kemudian taburkan serbuk roti
• Letakkan satu sudu teh mentega diatas
• Bakar didalam ketuhar pada suhu 190°C selama 20 minit
• Cairkan mentega pada api perlahan, kacau dengan kerap dan perlahan supaya tidak hangus
• Apabila mentega cair sepenuhnya, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau
• Tambahkan susu sejat penuh krim IDEAL® dan perasakan dengan garam dan lada
• Tambahkan sedikit gula untuk seimbangkan rasa dan biarkan mendidih seketika
• Setelah mendidih, tambahkan bancuhan tepung jagung dan biar mendidih
• Tuang diatas ketam tadi dan sedia untuk dihidang

Roast Chicken with Milky Pan Gravy

Bahan-bahan:

• 1 ekor ayam (asingkan tulang belakang)
• 3 sudu minyak masak
• 2 ranting daun thyme
• 500ml air
• 1/2 biji lemon(diperah)
• 1/2 tin susu sejat penuh krim IDEAL®
• 1 sudu besar mentega sejuk
• 1 sudu teh miso
• Sedikit garam
• Sedikit lada hitam

Tonton video di sini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nik Michael Imran (@nik9_)

Cara-cara:

• Panaskan ketuhar pada suhu 230°C
• Potong 1cm tulang belakang ayam dan tumis dengan 1 sudu teh minyak masak sehingga keperangan. Tambahkan air dan biarkan mendidih kemudian masukkan stok ayam
• Leperkan ayam di bahagian dada dan lap lembapan pada bahagian kulit dengan tuala dapur kemudian taburkan sedikit garam sebagai perasa
• Panaskan lebihan minyak pada api sederhana di dalam oven-safe pan. Letakkan bahagian berkulit pada permukaan kuali dan biarkan 2-3 minit sehingga keperangan. Kemudian tambahkan daun thyme ke dalam minyak Angkat, kemudian masukkan ayam dan oven-safe pan ke dalam ketuhar. Biarkan selama 20 minit supaya ayam masak secukupnya
• Setelah masak, keluarkan ayam dan biarkan sejuk seketika. Tuang minyak dari pan, panaskan, kemudian masukkan jus lemon, susu sejat penuh krim IDEAL® dan stok ayam
• Tutup api, kemudian masukkan miso, mentega dan lada hitam. Tuangkan sos diatas ayam dan sedia untuk dihidang

Jangan risau, masih ada resipi untuk dessert!

Kalau dah masak sedap-sedap tu, tak lengkaplah kan kalau tak ada dessert? Susu sejat penuh krim IDEAL® ni bukan sahaja boleh menjadikan masakan anda berkrim, tapi juga sesuai sebagai bahan membuat dessert.

Jom tengok resepi yang ada!

Banoffee Pie In A Jar

Bahan-bahan:

•300g digestive biscuit
• 8 biji pisang yang dipotong
• 50g salted butter
• 70g gula perang
• 30g gula kastor
• 1 1/2 tin susu sejat penuh krim IDEAL®
• 1 1/2 sudu teh bancuhan tepung jagung
• 1/2 sudu teh serbuk kopi segera
• 100g coklat
• 700ml whipping cream
• Jar

Tonton video di sini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anis Nabilah (@anis_nabilah)

Cara-cara:

• Hancurkan digestive biscuit menggunakan food processor sehingga menjadi serbuk roti
• Pukul whipping cream sehingga gebu kemudian letak di dalam chiller
• Cairkan kedua-dua gula diatas pan sehingga gula larut dan menjadi karamel
• Tambahkan mentega, serbuk kayu manis, dan serbuk kopi segera kemudian masukkan susu sejat penuh krim IDEAL® dan kacau sehingga sebati
• Tambahkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga menjadi sedikit pekat
• Masukkan pisang dan tutup api
• Masukkan serbuk roti ke dalam jar, tambahkan filling pisang tadi sehingga 1/3 jar
• Tambahkan whipped cream
• Taburkan hirisan coklat diatasnya
• Tutup jar dan biar sejuk seketika sebelum siap dihidang

Pandan Tres Leches Cupcakes

Bahan-bahan:

• 125g tepung serbaguna
• 1.5 sudu teh serbuk penaik
• Secubit garam
• 5 butir telur (asingkan kuning dan putih)
• 200g gula pasir (bahagi dua)
• 80g susu full cream
• 2 sudu teh ekstrak pandan
• 1 tin susu sejat penuh krim IDEAL®
• 1 tin susu pekat
• 70g whole milk
• Bekas kek cawan

Bahan-bahan Whipping Cream:

• 500ml heavy whipping cream
• 2 sudu teh gula ising
• Setengah sudu teh esen vanila
• Parutan gula melaka untuk hiasan

Tonton video di sini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nik Michael Imran (@nik9_)

Cara-cara:

• Panaskan ketuhar pada suhu 175 °C. Susun cawan kek dalam loyang saiz sederhana
• Campurkan tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk sederhana
• Asingkan telur putih dan kuning dalam mangkuk berasingan
• Tambahkan 150g gula pasir ke dalam mangkuk berisi kuning telur, pukul sehingga kembang. Masukkan 80g susu, ekstrak pandan dan esen vanila kemudian kacau sehingga sebati
• Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan kacau perlahan sehingga sebati
• Pukul putih telur menggunakan pemukul elektrik pada kelajuan tinggi. Tambahkan lebihan gula pasir sedikit demi sedikit sehingga kembang
• Masukkan putih telur ke dalam adunan tepung tadi dan kacau sehingga sebati
• Tuangkan adunan ke dalam cawan kek
• Bakar selama 12-16 minit atau sehingga kek betul-betul masak. Kemudian sejukkan
• Campurkan susu sejat penuh krim IDEAL®, susu pekat dan susu segar di dalam satu mangkuk
• Sendukkan 2 sudu teh campuran susu ke atas kek
• Sejukkan kek di dalam peti sejuk semalaman supaya susu diserap sepenuhnya
• Pukul heavy cream, gula dan esen vanila sehingga kembang kemudian sudukan ke atas setiap kek. Taburkan parutan gula melaka sebagai hiasan dan siap untuk dihidang

Ha menarik kan resepi-resepi tu? Itu baru sikit tau!

Kalau anda nak lagi resepi-resepi menarik dari Chef-Chef selebriti tanah air, anda boleh je tengok dekat setiap tin susu sejat IDEAL® sebab dekat situ memang akan ada resepi khas untuk anda semua.

So tunggu apa lagi tu? Cepat dapatkan susu sejat penuh krim IDEAL® di kedai kedai yang berhampiran!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 19 Sep 2018

Justin Bieber Tiba-Tiba Busking Di Depan Buckingham Palace Untuk Impress Tunangnya

Mungkin ini caranya untuk luahkan rasa cintanya di khalayak ramai.

Hiburan Fri, 23 Feb 2024

Bekas Kekasih Meninggal Di Indonesia, Hafiz Hamidun Tak Serik Nak Kahwin

Inalillah.. InsyaAllah ada jodoh buat Hafiz Hamidun nanti

Featured Tue, 13 Dec 2022
Hiburan Mon, 3 Apr 2023
Trending Tue, 17 Nov 2020

Saringan Percuma, Suntikan Tifoid Buat Semua Penghantar Makanan

Bagus untuk keselamatan rakyat dan mereka yang bekerja

Trending Mon, 1 Jan 2018

16个“赋予灵魂”的物品 包你目瞪口呆

你相信东西也有灵魂吗?如果哪天物品都赋予生命了,大家应该都会被吓得目瞪口呆!

Trending Mon, 21 May 2018

‘Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka’

Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi. Saya tidak minta ia berlaku, namun ia kehidupan yang lebih baik, kini saya boleh melakukan apa yang saya mahu lakukan.