Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops December 10, 2019 @ 12:15am

Ucapan pemenang Ratu Universe 2019 yang penuh inspirasi buat orang terpegun

Tahniah diucapkan kepada Zozibini Tunzi, Ratu Afrika Selatan yang dinobatkan sebagai Ratu Universe tahun ini!

Selain gelaran Ratu Universe 2019 yang didambakan ramai wanita di seluruh dunia, beliau membawa pulang mahkota dan selempang yang ikonik dengan pertandingan antarabangsa ini.

Tempat kedua dan ketiga disandang oleh Ratu Puerto Rico, Madison Anderson dan Ratu Mexico, Sofía Aragón.

Tiga peserta akhir untuk edisi kali ini ialah (dari kiri) Madison Anderson, Zozibini Tunzi dan Sofía Aragón. Sumber: Paras Griffin/Getty Images/AFP

Ternyata Zozibini berjaya menarik perhatian ramai sepanjang pertandingan ternama ini, namun jawapannya yang bernas dalam segmen Soalan Terakhir membuatkan pengadil dan penonton kagum.

Pada segmen itu, Zozibini, Madison dan Sofía ditanya soalan: “Apakah perkara paling penting yang perlu diajar kepada wanita hari ini?”

Jawapan Zozibini berbunyi begini: “Saya rasa perkara paling penting yang kita perlu ajar wanita muda hari ini ialah kepimpinan. Ini adalah antara kekurangan dalam diri wanita untuk masa yang lama.

“Bukannya kerana kita tidak mahu, tetapi kerana apa yang masyarakat telah melabelkan golongan wanita. Saya rasa kita (wanita) ialah makhluk yang paling kuat di dunia.

“Saya juga rasa wanita patut diberi setiap peluang yang ada. Itulah apa yang kita perlu ajar dalam kalangan wanita muda hari ini, iaitu untuk mengambil tempat mereka. Tiada apa yang lebih penting daripada memenuhi ruang dalam masyarakat dan mengukuhkan tapak.”

ARTIKEL BERKAITAN: Shweta Akur Serah Anugerah Kostum Kebangsaan Terbaik Kepada Filipina

Sumber: Parade

“I think the most important thing we should be teaching young girls today is leadership. It’s something that has been lacking in young girls and women for a very long time.

“Not because we don’t want to, but because what society has labelled women to be. I think we are the most powerful beings in the world.

“And that we should be given every opportunity. And that is what we should be teaching these young girls, to take up space. Nothing as more important than taking up space in society and cementing ourselves.”

Selain itu, kenyataan terakhir Zozibini bukan saja memberi inspirasi kepada semua, malah membangkitkan semangat untuk lebih yakin terhadap diri mereka.

“Saya membesar di sebuah dunia yang mana wanita seperti saya dengan kulit dan rambut seperti ini tidak pernah dianggap cantik.

“Saya rasa perkara ini perlu berhenti pada hari ini. Saya ingin kanak-kanak untuk memandang saya dan melihat muka saya; dan saya ingin mereka melihat wajah mereka pada wajah saya.”

“I grew up in a world where a woman who looks like me with my kind of skin and my kind of hair was never considered to be beautiful.

“And I think that’s time that stops today. I want children to look at me and see my face and I want them to see their faces reflected in mine.”

Sumber: Paras Griffin/Getty Images

Hebat! Tahniah kepada Zozibini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Featured Sun, 19 Dec 2021

Budak Tebing Drama Terbaik, Ini Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Sangat 2021

Anugerah Drama Sangat (ADS2021) telah berlangsung malam tadi untuk meraikan drama hasil kerja anak seni di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Hos bagi anugerah ini pada malam tadi merupakan gandingan Ain Edruce bersama Nabila […]

Trending Tue, 29 Sep 2020

Dua Lagi Pelajar Disahkan Positif Covid-19

Langkah keselamatan perlu ditingkatkan

Trending Sun, 18 Aug 2019

Kesiannya, Letupan Bom Di Majlis Perkahwinan

63 Orang Terkorban, 182 Orang Cedera

Trending Thu, 10 Mar 2022

“Orang Tanya Bila Saya Nak Meminang Dia?” – Hanya Kawan, Alha Alfa Tak Kekok Dikaitkan Dengan Zara Zya

Usahawan selebriti, Datuk Seri Alha Alfa, 34, mengakui dia sudah lama menjalin persahabatan dengan pelakon Zara Zya. Menurut jurusolek popular ini, dia sendiri tidak tahu bagaimana gosip hubungan mereka boleh tercetus dan mendapat perhatian netizen. […]

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

Enggan Menipu, Anna Jobling Utamakan Kejujuran

Anna Jobling menjadi pilihan pelbagai jenama.

#LaguXTRA Fri, 26 May 2023
Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Risau Dengan Keadaan Isteri” – Hazama, Isteri Tangguh Rawatan IVF

Rezeki Tuhan bagi berbeza-beza.. Semoga dipermudahkan semua urusan 🤲🏼

Hiburan Fri, 20 Jun 2025

“Tak Mungkin” – Fikry Ibrahim Tepis Dakwaan Isu Rumah Tangga Hanya Gimik

Fikry Ibrahim enggan ulas kenyataan bercanggah dengan peguam mewakili isterinya

error: Content is protected !!