Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 27, 2022 @ 3:50pm

Rumah Bonda Nafi Wujud Pemerdagangan Bayi, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Buat Individu Sebar Fitnah

Setelah pelbagai spekulasi timbul terhadap pengurusan pertubuhan kebajikan, Rumah Bonda, akhirnya satu kenyataan dibuat berhubung perkara tersebut.

Menurut Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda, pihaknya memaklumkan sedia memberi kerjasama penuh kepada siasatan pihak berkuasa.

“Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda juga memandang serius percubaan pihak tertentu yang mengganggu keluarga angkat, menyebarkan maklumat dan gambar mereka di media sosial serta mendesak mereka untuk membuat laporan polis palsu dengan mendakwa berlaku kegiatan penjualan bayi di rumah perlindungan Rumah Bonda,” katanya.

Tindakan undang-undang akan diambil

Sebelum ini, Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda mendakwa maklumat sulit itu didedahkan dan disebarkan secara tidak bertanggungjawab dan berniat jahat oleh individu tertentu di media sosial.

“Kita percaya maklumat sulit itu telah didedahkan secara tidak bertanggungjawab oleh individu yang merupakan bekas kakitangan Rumah Bonda,” jelasnya.

Justeru itu, pihak peguam dan pihak Rumah Bonda juga akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

 

Sumber: Sinar Harian

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Song Joong Ki Tinggalkan Agensinya Selepas 7 Tahun

Semoga Joong Ki pilih agensi yang tepat untuk kariernya.

Trending Tue, 2 Jun 2020

PKPB : Lebih Banyak Sektor Industri Kecil Dibenarkan Beroperasi

Alhamdulillah buat sektor industri kecil

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Bila Altimet Berbicara Pasal Kulit

Altimet akhirnya bersuara setelah sekian lama memendam rasa.

Featured Mon, 11 Aug 2025
error: Content is protected !!