Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 28, 2022 @ 8:39pm

Ini 8 Perkara Mengenai Kes Lelaki OKU Malaysia Dihukum Gantung Sampai Mati Di Singapura, Detik ‘Makanan Terakhir’ Tu Paling Sebak!

Seorang lelaki rakyat Malaysia berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), Nagaenthran Dharmalingam yang telah menjalani hukuman gantung di Penjara Changi, Singapura atas kesalahan penyeludupan dadah jenis heroin seberat 42.72 gram pada Rabu.

Kes terbabit begitu memberi kesan buat seluruh rakyat Malaysia malah serata dunia.

Malah, perkara itu turut disahkan oleh adik mendiang, Navin Kumar yang turut memaklumkan mayat abangnya itu akan dihantar pulang ke Ipoh hari ini.

Bagi anda yang masih tidak mengetahui mengenai kes yang menimpa Nagaenthran, 34, ini antara lapan perkara berkaitan kes tersebut.

1. Nagaenthran ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 ketika berusia 21 tahun di Pusat Pemeriksaan Woodlands ketika melintasi sempadan Malaysia dan Singapura, dengan dadah itu didapati dilekatkan di paha kirinya.

2. Mendiang kemudiannya dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun berikutnya, namun berjaya ditangguh sehingga 2022 menerusi beberapa siri rayuan dan petisyen yang dilakukan oleh pihak peguam bela.

3. Mahkamah Rayuan menolak hujah dikemukakan pasukan peguam bahawa Nagaenthran Dharmalingam perlu dikecualikan daripada hukuman itu kerana mengalami masalah ketidakupayaan mental dan merupakan OKU pembelajaran yang ada tahap kecerdasan atau IQ serendah 69.

4. Mahkamah bagaimanapun memutuskan Nagaenthran sedar apa yang dilakukan ketika melakukan jenayah itu. Hakim menolak kes rayuan itu sebagai ‘tidak berasas dan tanpa merit serta kedua-duanya sebagai fakta dan undang-undang.

5. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pernah menghantar surat kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong supaya mempertimbangkan semula hukuman mati yang dikenakan.

6. Proses rayuan melalui mahkamah sudah pun dibuat sehingga peringkat terakhir iaitu menerusi permohonan Pengampunan Presiden Singapura selaku ketua negara namun telah ditolak secara rasmi pada 1 Jun 2020.

7. Kes Nagaenthran mendapat perhatian meluas di seluruh dunia termasuk Amnesty International, Human Rights Watch, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Persekutuan Antarabangsa untuk Hak Asasi Manusia (FID) yang meminta Singapura tidak melaksanakan hukuman mati tersebut, sebaliknya diberikan pengampunan.

8. Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN) berpendapat tertuduh hanya menjadi mangsa sindiket sebagai keldai dadah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Jul 2025
Featured Tue, 18 Oct 2022

Kualiti Vokal Siti Nordiana Merundum?

Siapa yang kata vokal Nana merudum ni?

Hiburan Thu, 26 Aug 2021

Malam #BaikSemula Program Istimewa Dedikasi Kepada Wira Negara

Bersempena dengan kempen Kita Malaysia #BaikSemula yang sedang rancak berlangsung di semua platform Media Prima Berhad, TV3 bakal menyajikan program bual bicara istimewa Malam #BaikSemula yang dihoskan oleh Nabila Huda, AG dan Fara Fauzana pada […]

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Tersentuh Nampak Akim…Kenapa Kak Lina Pom Pom Menangis?

Bagusnya Akim, sanggup datang walaupun penat!

Hiburan Fri, 2 Aug 2019
Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Duduk Dengan 340,000 Ekor Lebah, Shuib Berjaya Sahut Cabaran ‘Bee Man’

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan kagum dengan keberanian suami kepada penyanyi Siti Sarah itu. 

error: Content is protected !!