Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 4, 2022 @ 4:36pm

Sambut Syawal Dengan Sederhana, Ayda Jebat Minta Tetamu Buat Ujian Kendiri Covid-19 Sebelum Datang Beraya

Tahun 2022 menjadi tahun pertama penyanyi Ayda Jebat menyambut kehadiran Syawal sebagai seorang ibu.

Melahirkan permata hatinya, Ana Nayla pada 21 September tahun lalu, isteri kepada pengacara Nabil Mahir ini meraikan ketibaan Hari Raya Aidilfitri dengan sederhana.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersalin Seminggu Awal, Ayda Jebat Selamat Lahirkan Baby Girl

“Alhamdulillah, tahun ini semuanya diraikan dengan sederhana. Baju raya Nayla hanya satu pasang sahaja kerana dia tak gemar pakai baju kurung, dia lebih selesa memakai seluar. Tahun ini, saya dan Nabil juga meraikan Syawal seadanya kerana kita masih berhati-hati dengan wabak Covid-19.

“Tahun ini, saya tak pulang ke kampung halaman di Melaka kerana ibu saya sudah berpindah ke ibu kota. Asalkan dapat menyambutnya bersama keluarga tersayang, semuanya okay bagi saya,” kata Ayda kepada XTRA.

Tambah Ayda, sebagai langkah berjaga-jaga, setiap ahli keluarga yang datang menziarahi sempena Hari Raya perlu membuat ujian saringan kendiri Covid-19.

“Biarpun negara kita memang sudah menuju fasa endemik, tetapi itu bukan alasan untuk kita leka dan tidak berjaga-jaga. Setiap saudara-mara yang datang berkunjung ke rumah, kami minta mereka lakukan ujian saringan terlebih dahulu. Kemudian, mereka perlu hantar keputusan dalam kumpulan WhatsApp dengan sertakan nama dan tarikh.

“Malah, perkara yang sama akan saya lakukan jika mahu berkunjung ke rumah ibu atau saudara mara yang lain. Boleh dikatakan ini merupakan perkara yang wajib sempena Syawal tahun ini. Semuanya demi keselamatan keluarga kami,” kata Ayda lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sudah 13 Tahun Kami Tidak…” – Ayda Jebat Pujuk Adik Beradik Kolaborasi Dalam Single Raya

Terdahulu, Ayda baru sahaja melancarkan lagu single Hari Rayayayayaya bersama dua adiknya, Fyna dan Sabira Jebat.

Single ciptaan sepenuhnya oleh Ayda ini merupakan buah tangan pertama mereka yang dikenali sebagai The Jebats.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Aug 2019

Pencarian Berakhir…Mayat Sah Milik Nora Anne!

Ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort.

Featured Wed, 31 May 2023
Hiburan Mon, 16 Jun 2025

Bukan Sekadar Penyeri! Marygrace, Zazzleen, Kai Deva Hangatkan Pentas Konsert Rossa ‘Here I Am’

Marygrace, Zazzleen & Kai Deva hangatkan pentas Konsert Rossa Here I Am

Featured Mon, 11 Aug 2025
Featured Mon, 11 Nov 2024

Tampil S*ksi, Amelia Henderson Sarung Baju Tayang Bahagian Dada Undang Kecaman

Penampilan pelakon Amelia Henderson ketika hadir pada majlis Kuala Lumpur Fashion Award (KLFA) yang diadakan baru-baru ini mencuri tumpuan. Menerusi sepotong video pendek yang tular di TikTok, Amelia kelihatan tampil mengenakan gaun berona hitam rekaan […]

error: Content is protected !!