Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi January 21, 2024 @ 4:01pm

“Kau Orang Baik, Aku Kena Bangga Bukan Sedih” – Achey Luah Rasa Rindu Pada Allahyarham Abam

Pelawak Achey meluahkan rasa rindu terhadap sahabat perjuangannya yang juga pelawak terkenal, Allahyarham Abam baru-baru ini

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Achey membuat ucapan kepada Allahyarham yang sepatutnya meraikan ulang tahun kelahiran pada Sabtu.

Dalam masa sama, anggota kumpulan Bocey itu turut meluahkan rasa rindu serta sentiasa mengingati momen lucu bersama Allahyarham.

“Happy birthday brother… mudah sikit ingat sebab birthday kau sama dengan kakak aku.

“Kesedihan tak ada rindu je ada ni. Kenapa kesedihan tu hilang? sebab kau orang baik, aku kena bangga bukan sedih.

“Sekarang berborak dengan @fadbocey semuanya kelucuan kita yang lalu je sebab benda tu boleh buat macam kau ada dengan kami.

“Penat rasa kehilangan kau, walaupun penat tu berbaloi bagi kami untuk terus doakan kau, jadi solutionnya sentiasa bercerita fasal kita..sesama kita.

“Santai dan lebih tenang untuk sentiasa mengingati kita bertiga,” tulis Achey.

Biarpun sibuk bekerja, Achey akui dia bersama Fad Bocey sering berbicara mengenai Allahyarham.

“Walaupun Fad ada kerja dia, aku ada kerja aku dan kau di negeri abadi, kalau aku jumpa Fad konsepnya sekarang itulah seperti di atas… bercerita dan terus bercerita,” tutupnya.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang juga abang Ali Puteh meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama Tak Muncul Di Kaca TV, Achey & Fad Kembali Hidupkan Bocey – “Selepas Arwah Tiada Saya Dan Fad Tiada Show Bersama”

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh Kenang Susah Payah Bersama Arwah Abam, Pergi Uji Bakat Demi Impian Jadi Pelawak – “Dulu Berlayar Bahtera, Kini Dayung Sendirian”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Di Sebalik Kejayaan Hening Rindu… Rupanya Ikhwan Fatanna Beri 100% Kepercayaan Kepada Marsha Milan

Gabungan mantap Marsha Milan, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh menghasilkan Hening Rindu.

Featured Mon, 30 Jan 2023
Featured Tue, 26 Nov 2024

Menangis Hingga Basah Skrip, Amir Ahnaf Belum Puas…

Amir juga menganggap naskah ini sebagai karya masterpiece.

Hiburan Tue, 12 Feb 2019
Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Elfira Loy Akhirnya Undur Diri

Justeru itu, El terpaksa mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana keadaan beliau tidak mengizinkan. Malah, beliau juga terpaksa melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik yang berhampiran.

Hiburan Fri, 4 Mar 2022
Hiburan Tue, 19 Feb 2019

Kenapa Agaknya Drama Dia Menantu Rahsia diselar netizen di Twitter?

Drama popular Dia Menantu Rahsia yang kini ditayangkan di TV3 di Slot Akasia menerima kecaman seorang netizen di laman Twitter.

Trending Mon, 13 Jun 2022

OMG Bestnya! Sekuel Squid Game Kegemaran Ramai Kembali Dengan Wajah Baru

Siapakah wajah terbaru Squid Game? Musim kedua bakal ditayangkan di Netflix.

error: Content is protected !!