Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 8, 2022 @ 2:08pm

Fadlan Hazim Kongsi Gambar Bertatu Palsu Di Betis, Netizen Risau Undang Fitnah

Pelakon Fadlan Hazim, kongsi gambar bertatu palsu di betis ketika sedang bercuti di Bali baru-baru ini.

Perkongsian di Instagram tersebut mengundang kerisauan peminatnya yang rata-rata kurang senang serta risau gambar itu boleh mengundang fitnah oleh seetengah pihak.

“Pakai tatu ker bang? Takut jatuh fitnah ja,” komen seorang pengikutnya.

‘”Maaf bang, kami ni sebagai peminat abang takut benda macam inilah, kami ni tengok dari gambar mana nak tahu tu tatu real ke, fake atau inai,” tulis seorang netizen.

“Suka betul kumpul fitnah. Baik cakap awal-awal tatu tu sementara,” tulis beberapa pengguna.

Namun, Fadlan tidak berdiam diri dan menganggap semua peminatnya sudah bijak untuk menilai.

“Tak payah kot, korang semua cukup bijak dah. Ye doh. Ntah-ntah orang kahwin pun pakai tatu kat tangan weh,” tulis Fadlan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fadlan juga sempat berkunjung ke beberapa lokasi yang menjadi tumpuan pelancong antaranya di Uluwatu dan Pantai Kuta.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Aug 2022

Sertai Kelas Lakonan, Ummi Nazeera Gembira Dapat Puaskan Hati Penonton

Drama Risik Pada Hati meraih sambutan hebat baru-baru ini, manakan tidak pelakon utamanya tak kurang hebatnya. Menampilkan Ummi Nazeera sebagai pelakon utama telah membuka mata penonton tentang lakonan mantapnya sehingga menerima banyak pujian. “Sejujurnya saya […]

Featured Fri, 4 Jul 2025
Hiburan Mon, 14 Apr 2025

Terus Cetus Fenomena, Filem Blood Brothers: Bara Naga Raih 21 Juta Kutipan Dalam Masa 4 Hari Tayangan!

Hasil kutipan Filem Blood Brothers: Bara Naga dipercayai bakal mengatasi filem Sheriff

Hiburan Mon, 8 Jun 2026

Masih Malu Bercakap Tentang Haid? Kempen ‘Just Flow With It’ Anjuran SAYS Mahu Ubah Persepsi Masyarakat

SAYS melancarkan kempen baharu bertajuk Just Flow With It yang bertujuan membuka ruang perbincangan lebih sihat dan terbuka mengenai isu kesihatan wanita di Malaysia.

error: Content is protected !!