Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 11, 2022 @ 7:18pm

“Hantar Pelaku Pergi Rumah Bonda!” – Netizen Berang Staf J&T Sengaja Bakar Mercun & Serang Gelandangan OKU

Heboh di ruangan media sosial mengenai seorang pekerja penghantar barangan bermain mercun yang dihala kepada individu gelandangan disyaki warga Orang Kurang Upaya (OKU).

Kejadian yang berlaku di Bandar Baru Samariang, Sarawak itu telah menimbulkan amarah rata-rata netizen yang berang menyaksikan tindakan pelaku berkenaan serta dianggap sangat tidak wajar.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, si pelaku bukan sahaja mengenakan mercun kepada mangsa, malah turut mencuba untuk mencucuk serta memukul dengan satu objek.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai dalam kalangan netizen tidak berpuas hati dengan nasib malang yang menimpa mangsa berkenaan.

Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa kesal dan berkata sangat biadap atas aksi pelaku yang dianggap seolah tiada rasa empati kepada mangsa OKU.

@majoritiofficial

Kesiannya. Apa salah insan istimewa tu sampai kena cucuh mercun? Geram betul tengok. #cucuhmercun #insanistimewa #oku #jnt #kuching #sarawak #tular

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Bagaimanapun, menerusi satu video yang lain, si pelaku telahpun ‘dikutip’ oleh sekumpulan orang ramai yang memberi teguran dan meminta pelaku untuk memohon maaf kepada mangsa secara terbuka.

Dalam video yang berdurasi 2 minit 33 saat itu, si pelaku bersalaman, berpelukan dan diminta untuk ‘mencium’ kaki mangsa atas kesalahannya yang dengan sengaja membakar mercun.

Namun, ada dalam kalangan netizen yang seakan meluat dengan cara permohonan maaf si pelaku yang dikatakan seperti tidak ikhlas.

@majoritiofficial

Reply to @awansuperr Jadikan pengajaran buat semua ya. Jangan suka-suka hati membuli orang. Jangan melampau #cucuhmercun #mintamaaf #pekerjajnt

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Berdasarkan sebuah video rasmi di Facebook Polis Sarawak mengenai sidang media kes buli OKU dengan mercun, difahamkan si pelaku telahpun ditangkap kurang enam jam daripada pihak polis Santubung dan Persatuan Jenayah.

“Dalam kes ini agak menyedihkan sebab mangsa yang terlibat ini adalah seorang yang dikategorikan sebagai OKU, tetapi suspek telah bertindak membuli dengan menggunakan mercun sehingga mangsa ketakukan.

“Suspek akan direman selama empat hari dan kami akan siasat kes ini dibawah Seksyen 324 dan Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai menggunakan barang merbahaya dan menakutkan mangsa,” Ketua Polis Daerah Kucing, Asisten Komisioner Polis Ashmo Bajah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Aug 2024

“Akhirnya Dia Milik Saya” – 4 Bulan Tak Berjumpa, Isteri Kongsi Momen Manis Anak-Anak Bersama Azizulhasni Awang

Terharu tengok family Datuk Jijoe ni. Moga ada hikmah tiap apa yang berlaku❤️

Trending Sun, 22 Jul 2018

Jom Kenali 4 Selebriti Wanita Tempatan Popular Dengan Bakat Melukis Luar Biasa

Bukan saja cantik dan berbakat, Anzalna Nasir, Emma Maembong, Tiz Zaqyah dan Shila Amzah juga handal melukis.

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

‘Saya Bukan Orang Kaya’ -Sham Visa

Lama menghilang, rupanya…

Featured Sat, 26 Oct 2024

Titip Ucapan Hari Lahir, Cik B Sifatkan DSV Ibu Tunggal Terpaling Hebat

Selamat ulang tahun DsV! Sebak pula ucapan cik b ni ek🥹🥹🥹

Hiburan Wed, 10 Aug 2022

Gabung Elemen Etnik Jawa & EDM, Aisha Retno Memperkasakan Wanita Dengan Sutera

Sutera lagu Aisha Retno yang memperkasakan kaum wanita.

Featured Tue, 18 Oct 2022
Hiburan Tue, 23 Jan 2018

KRYSTAL REVEALS THOUGHTS ON LEAVING F(X) & BEING AN IDOL-ACTRESS

Krystal Jung talks about the possibility of leaving f(x) and being labeled as idol-actress.

Featured Fri, 3 Oct 2025

Anna Jobling Menang Outstanding Asian Star Di International Drama Awards 2025

Anna Jobling julang nama Malaysia di majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul (SDA) 2025

error: Content is protected !!