Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir May 11, 2022 @ 6:27pm

“AirAsia Kini Beroperasi Hanya Dengan 40 Pesawat…” – AirAsia Mohon Maaf Atas Penjadualan Semula Penerbangan

Penerbangan tambah murah, AirAsia memohon maaf kepada pelanggan yang mengalami kesulitan akibat penjadualan semula susulan peningkatan permintaan yang mendadak pada musim perayaan kali ini.

Menurut Ketua Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, beberapa faktor dan insiden yang tidak dapat dielakkan merupakan punca berlaku kelewatan di luar jangkaan serta kawalan syarikat penerbangan itu.

“Kami berusaha sedaya upaya memastikan kesan gangguan paling minimum untuk semua pelanggan dan memastikan semua dapat tiba di destinasi masing-masing dengan cepat termasuk melancarkan penerbangan khas untuk membawa penumpang yang terkandas,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Kata Riad, faktor penjadualan semula penerbangan semasa musim perayaan ialah disebabkan permintaan penerbangan domestik meningkat secara mendadak serta pembukaan sempadan negara sejak 1 April lalu.

Bilangan pesawat yang terhad juga merupakan salah satu faktor yang mengehadkan penerbangan ke semua destinasi.

“AirAsia Malaysia juga kini beroperasi hanya dengan 40 pesawat berbanding hampir 100 pesawat semasa pra pandemik. Ini disebabkan giliran menunggu yang panjang untuk kemudahan penyelenggaraan pesawat di Malaysia dan serantau sebelum sesebuah pesawat yang sudah lama tidak beroperasi dapat disahkan selamat untuk terbang semula seperti mana arahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia,” katanya.

Selain kerosakan dan masalah teknikal lazim yang ditemui semasa proses pemeriksaan rutin, insiden luar jangka seperti pintasan burung, kerosakan akibat objek asing dan panahan petir menyebabkan tiga hingga lima pesawat terpaksa dikeluarkan daripada jadual sepanjang tempoh perayaan.

Beliau berkata, AirAsia berusaha meminimumkan pembatalan penerbangan dan memastikan semua pelanggan tiba di destinasi masing-masing dengan selamat.

Tambahnya lagi, setiap perubahan pada jadual penerbangan akan dimaklumkan kepada tetamu melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas ke nombor telefon yang didaftarkan semasa tempahan tiket.

Sekiranya memerlukan maklumat atau bantuan lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian sembang AVA melalui AirAsia Super App atau laman sesawang airasia.com atau ke kaunter perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang terdekat.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Aug 2019
Trending Tue, 27 Oct 2020
Hiburan Fri, 6 Mar 2026

Jep Sepahtu Akhirnya Buka Mulut, Perjelas Hubungan Dengan Shuib Dan Mamat

Jep turut menjelaskan dia sentiasa terbuka untuk berjumpa dan bertegur sapa dengan Shuib serta Mamat

Hiburan Fri, 30 May 2025
Hiburan Thu, 27 Jun 2024
Featured Thu, 17 Apr 2025

Dr Maza Puji Karya Erma Fatima – “Hebat Bagi Sebuah Karya Seni Yang Berjaya Bakar Jubah ‘Walid’..”

Naskhah yang disifatkan sebagai ‘teguran’ itu menyebabkan ramai dalam kalangan ‘walid’ kini sudah mula berasa kurang senang.

Featured Fri, 3 Feb 2023

[VIDEO] “Laki Kau Gatal! Ambil Hak Orang, Dia Yang Mengamuk” – Bawa Watak Penyondol, Gelagat Salina Saibi ‘Bertekak’ Dengan Zarina Zainuddin Cuit Hati Ramai

Fuhhhh serammmm ni! Zarina nak hempuk Salina dengan kasut tumit tinggi tuuu, habis la berlubang kepala 🤣🤪🤪

Hiburan Sat, 21 Sep 2019

Tahniah…Zamani Dah Bergelar Suami!

Alhamdulillah…Akhirnya!

error: Content is protected !!