Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir May 12, 2022 @ 3:12pm

“Nyanyian Antara Punca Rezeki Saya” – Irfan Haris Bimbang Nikmat Suara Ditarik

Penyanyi Irfan Haris berkongsi masalah yang dihadapinya melalui video ‘reels’ di Instagram yang dia menderita sakit tonsil sejak setahun yang lalu.

Menurut Irfan atau nama penuh Irfan Haris Othman memberitahu, dia mula mengesan penyakit tonsil ini pada Mei tahun lalu.

Pada Ahad lalu, Irfan dimasukkan ke sebuah hospital di Johor Bahru, Johor untuk merawat masalah yang dialaminya itu selepas setahun menghidapinya.

“Nyanyian menjadi antara punca rezeki saya. Diuji sakit tonsil dan tekak, saya jadi ‘down’. Bimbang jika apa-apa terjadi hingga boleh tarik nikmat dan rezeki saya melalui suara ini.

“Doktor berpesan jangan kerap menyanyi dalam tempoh ini. Tetapi saya ada tuntutan kerja dan rezeki menyanyi yang perlu dilunaskan.

“Serba salah jadinya. Namun, pada akhirnya, saya kena fikir soal kesihatan melebihi segala-galanya.

“Doktor menyarankan saya melakukan pembedahan hidung dalam tempoh terdekat agar masalah ini tidak berlarutan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Irfan Haris (@irfannharis)

Penyanyi yang popular dengan lagu Redha ini sedia menimbang syor melakukan pembedahan dalam tempoh satu atau dua bulan lagi.

“Untuk sementara waktu, saya tidak boleh buat pembedahan. Saya kena banyak berehat. Pada masa sama, saya kena rakam lagu baharu dan lunaskan tawaran persembahan yang sudah dipersetujui.

“Saya harap keadaan ini tidak memudaratkan saya. Pada masa sama, saya bergantung kepada ubat-ubatan dan perlu berbincang dengan keluarga mengenai pembedahan itu.

“Semoga segala-galanya dipermudahkan,” katanya.

Adik kepada penyanyi Amira Othman ini berkata serangan sakit tekak kali ini yang paling teruk dialaminya.

“Saya dapati tumbuh ulser dalam mulut yang menyukarkan saya menjamah makanan. Ada lapan ‘spot’ ulser dalam mulut.

“Selepas diperiksa, doktor beritahu berlaku keradangan atau inflamasi yang kemerah-merahan. Selepas proses pengimbasan, doktor beritahu tonsil berpunca daripada masalah sinus yang saya alami.

“Jadi, dari hidung membawa ke tekak,” katanya.

Irfan yang tampil dengan lagu baharu berjudul Milik sebagai hadiah buat peminatnya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Feb 2023
Featured Mon, 30 Jun 2025

Comelnya! Fatima Titip Pesan Kepada Fazura – “I Miss You… But, Please Don’t Cry”

Fazura terkejut apabila anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya sempat meninggalkan pesanan kepadanya.

Trending Mon, 17 Jul 2023

Warga Emas Berkerusi Roda & Anak Didakwa Rogol Gadis Bawah Umur Dalam Kereta

Dah lebih umur sepatutnya tambah amal ibadah tapi tulah…

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Trending Thu, 16 Jul 2020
Featured Mon, 22 Dec 2025

Netizen Mulut Puaka Tuduh Uqasha Senrose ‘Hamil’ Anak Orang Lain: “Aku Difitnah Sebegini Teruk”

Uqasha Senrose, meluahkan rasa kecewa apabila difitnah hamilkan anak orang lain.

Hiburan Thu, 23 May 2024

“Marissa Dania Orang Yang Sangat Perahsia, Berani & Banyak Memendam” – Abby Abadi

Abby kata Marissa tak suka memasak.. Tak apa dah kahwin tu nanti minat masak slow slow ada 😘

Hiburan Wed, 18 Aug 2021

“Terubat Rindu…” – Kongsi Video Terbaru Sambal Jawa ‘My Style’, Instagram Siti Sarah Akan Kekal Aktif

Akaun Instagram milik Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang mempunyai lebih 2.8 juta pengikut akan kekal aktif untuk tatapan peminatnya. Difahamkan, akaun terbabit kini dikendalikan oleh ahli keluarga Allahyarham dan akan berkongsi segala perkembangan terkini empat […]

error: Content is protected !!