Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 8, 2025 @ 12:30pm

“Nikmatilah Hidup, Jangan Terlalu Kerja Keras..” – Hilang Zaman Kanak-Kanak & Remaja, Shila Amzah Luah Pesan Buat Diri Sendiri Ketika Kecil

Penyanyi berbakat besar, Shila Amzah menyentuh hati ramai apabila menitipkan pesanan penuh makna buat versi dirinya sewaktu kecil.

Menurut Shila, 33, jika diberi peluang untuk kembali ke masa lalu, dia mahu memberi ruang kepada ‘anak kecil’ itu untuk menikmati kehidupan tanpa dibebani tekanan kerja sejak usia muda.

“Saya akan suruh dia nikmati hidup. Tak perlu kerja keras sangat… sebab saya kehilangan masa kanak-kanak dan zaman remaja disebabkan tuntutan kerja.

“Kita kena lebih berani, kadang-kadang tak salah untuk ‘rebel’ asalkan ada alasan yang munasabah,” katanya dalam temu bual bersama Hot FM.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan simpati, malah ada yang menyuarakan hasrat ingin memeluk Shila sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan hidupnya sejak kecil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Sekadar info, Shila baru sahaja melancarkan lagu baharunya berjudul ‘Pernah Punya Aku’ yang diinspirasikan oleh kisah kecurangan dan keretakan rumah tangga ibu bapanya, Fauziah Sarman dan penyanyi era 80-an, Datuk ND Lala.

Terdahulu, kontroversi mengenai isu Shila bersama keluarganya menggemparkan industri hiburan sejak tahun 2023 apabila tular dakwaan mengatakan bapanya, ND Lala atau nama sebenarnya Datuk Amir Amzah Salleh, 63, telah berkahwin baru bersama seorang wanita muda.

Malah, individu wanita tersebut dipercayai adalah rakan baik Shila sejak di bangku sekolah.

Dalam temu bual bersama media Shila pernah memaklumkan hubungannya bersama bapa kembali jernih, namun masih perlu waktu untuk menerima ibu tiri yang merupakan ‘sahabat’ baiknya sendiri.

Imbas kembali, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada tahun 1989 dan namun sah bercerai pada 2 Ogos 2023 menerusi rakaman suara di WhatsApp.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurnikaan empat cahaya mata iaitu, Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28  dan Nur Syuhada, 25.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Kongsi Foto Mesra Bersama ND Lala… Warganet Luah Rasa Gembira, Tinggalkan Komen: “Air Dicincang Takkan Putus”

Artikel Berkaitan: Lafaz Cerai ‘Voice Note’ ND Lala Disahkan Mahkamah, Bekas Isteri Syukur Selesai Secara Baik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Aug 2022

“Itu Bukan Saya” – Josiah Hogan Jadi Mangsa Scammer

Bahaya betul.. nasib baik tak sempat, kalau tak habis kena tipu.

Events Mon, 26 Mar 2018

AV Actresses Who Just Debuted as KPOP Girl Group Releases First Song

People aren’t exactly happy about it though.

Hiburan Sat, 16 Dec 2023
Hiburan Mon, 23 Mar 2026
Featured Thu, 5 Jan 2023

Comelnya! Gelagat Ernie Zakri Teruja Nyanyi Depan Burung Di London Curi Tumpuan

Umum mengetahui, penyanyi terkenal Ernie Zakri dan suaminya, Syamel sedang bercuti di London.   View this post on Instagram   A post shared by @erniezakri Tular sebuah perkongsian di platform TikTok memaparkan gelagat Ernie yang […]

Hiburan Mon, 23 Sep 2019
Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Terhibur Jebat Jayden Tiru Gaya Sharnaaz Ahmad Cakap Telefon – “Dah Menggugat Karier Saya Dalam Industri”

Jebat ni bijak sangatt! 🤩🤩 Walaupun phone terbalik, tetap ada gayaaa fiderman nii 🤣

Featured Sat, 9 Sep 2023
error: Content is protected !!